Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Kerja orang lain bertanding…

June 27th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam sekali lagi pembaca semua

Untuk coretan kali ini Pak Tam petik kata-kata Menteri Besar Pahang yang dibuatnya baru-baru ini.

“Kerja orang lain bertanding…. nak jadi Ketua Pemuda ke ahli MT terpulang kepada mereka tetapi kerja saya adalah mempertahankan keutuhan parti. Tiada makna jika kita menang jawatan dalam Umno jika parti kelam kabut, huru-hara atau undi tak percaya sana sini”

Sekali lagi Pak Tam ‘tabit’ diatas sifat berterus terang dan berani yang dipaparkan oleh Tok Nan. Kenyataan ini jelas sekali memperlihatkan sifat seorang pemimpin yang kerjanya untuk memperkuatkan parti daripada kerja mencari jawatan dalam parti.

Cuma Pak Tam harap sangat kenyataan ini adalah ‘rasmi’ dan tidak ada apa-apa disebaliknya. Apa kah melalui kenyataan  ini bermakna Tok Nan tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam Umno menjelang pemilihan akan datang.

Atau Tok Nan sekadar hendak menguji sokongan dari pengikut dan akar umbi parti terutama dari Pahang sendiri. Kenyataan ini ada baik ada buruknya. Baik, kerana ianya memperlihatkan sifat terpuji seorang pemimpin, Menteri Besar dan bekas calon Naib Presiden yang tewas dalam pemilihan lalu.

Kalau benar Tok Nan hanya ingin bekerja untuk menguatkan parti terutama di Pahang, ini bermakna Tok Nan tidak akan bertanding apa-apa jawatan termasuk Ahli Majlis Tertinggi.

Baik juga kenyataan ini kerana dalam keadaan Umno yang kelam kabut, Tok Nan tidak mahu menambah lagi kusut yang ada. Ini kerana sebarang pertandingan sudah pasti akan mewujudkan puak dalam parti. Sudah tentu bahagian di Pahang akan mencalonkan Tok Nan untuk apa sahaja jawatan yang akan dipertandingkannya. Pasti tidak akan ada bahagian yang berani tidak mencalonkan beliau.

Kalau Tok Nan tidak bertanding apa-apa jawatan maka bebas lah mana-mana bahagian di Pahang untuk mencalon calon-calon luar yang hendak bertanding.

Namun, Pak Tam sedikit risau dengan kenyataan Tok Nan ini. Bukan kali pertama menteri besar ini bermain dengan kata-kata. Dulu antara sebab beliau kalah dalam perebutan Naib Presiden berpunca dari lewat membuat pengumuman. Sedangkan beliau berpotensi untuk menang jika bermula dari awal.

Apa yang Pak Tam risau jika ‘last minute’ Tok Nan mengambil keputusan untuk bertanding sebarang jawatan, kenyataan beliau diatas akan dijadikan alasan oleh perwakilan untuk tidak memihak kepada beliau.

Kalau mahu dianalisa kenyataan diatas tu, ‘pedih’ bunyinya. Takut-takut nanti kalau Tok Nan mengumum hendak bertanding itulah ‘paku buah keras’ yang dipulangkan perwakilan kepada beliau.

Apapun, sekali lagi Pak Tam ‘tabit’ diatas kenyataan berani Tok Nan. Harap-harap itulah hakikat dan bukannya untuk menguji kesetiaan sesiapa.

Pahang terus sokong Pak Lah…

June 27th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam untuk semua pembaca terutama kawan-kawan yang mengenali Pak Tam

Ada sesuatu yang menyentuh hati Pak Tam tentang kenyataan Menteri Besar Pahang baru-baru ini. Kata Tok Nan, Pahang akan terus memberi sokongan kepada Pak Lah dan Dato Najib untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Kata Tok Nan sokongan kepada Pak Lah dan Najib adalah untuk mengukuhkan parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Pak Tam petik sikit kata-kata Tok Nan, “Saya akan memastikan rakyat tidak ‘lari’ daripada menyokong kita. Umno Pahang akan memastikan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Umno sekarang terus mendapat sokongan dalam pemilihan parti akan datang,”

Bagi Pak Tam, tidak benarlah soksek-soksek yang berlegar di sekitar Riverside petang Khamis semalam ketika para pemimpin Umno bermesyuarat di tingkat 39, para penggiat dan pelobi parti melepak kat Riverside yang membawa cerita sebaliknya.

Cerita dari kalangan para peminat dan pelobi parti kononnya baru-baru ini dalam mesyuarat badan Perhubungan Umno Pahang, khabarnya telah membuat ketetapan bahawa semua bahagian dari Pahang kecuali Bentong tidak akan mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden sebaliknya Dato Najib akan dicalonkan sebagai Presiden.

Kenyataan awal yang dibuat oleh Tok Nan di Putrajaya selepas melancarkan program Wacana Pendidikan 11 anjuran Yayasan Pahang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, jika dapat dianggap sebagai kenyataan rasmi maka yang mencanang di sekitar Riverside adalah tidak benar dan dusta.

Kalau ikut Pak Tam nak cerita apa yang dicerita oleh rakan-rakan di Riverside rasanya jauh sekali bertentangan dengan kenyataan rasmi Tok Nan. Bagi Pak Tam buat masa ini kita pakai kenyataan rasmi daripada percaya kepada cerita tidak bertuan yang disebar kesana kemari oleh mereka yang tidak bertuan.

Apapun, tahniah Pak Tam ucapkan pada Tok Nan kerana berani membuat pendirian yang dianggap benar dan tidak berdolak dalih.

Pelajar ‘galus’ perlu terus dibimbing

June 23rd, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam untuk semua terutama kawan-kawan Pak Tam dari Pahang.

Pak Tam tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Pahang semalam tentang istilah ‘pelajar galus’. Agak lama tak mendengar perkataan seperti ini tetapi bila Pak Tam amati betul-betul pelajar galus ini membawa maksud, ‘kadang-kadang gagal kadang-kadang lulus. Jadinya, gagal dan lulus menjadi ‘galus’.

Pak Tam amat bersetuju dengan saranan Tok Nan agar semua pihak memberi perhatian yang lebih kepada golongan pelajar ini. Sebab itu, projek perintis pelajar galus antara Yayasan Pahang, » selanjutnya

Ku Li tidak membantu kekuatan parti

June 16th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa akan ada satu parti komponen Barisan Nasional keluar dari gabungan BN amat mendukacitakan. Kalau benar sekalipun, Ku Li harus bijak bertindak sebagai pemimpin yang sayangkan parti dan bukannya seolah-olah orang yang seronok melihat situasi begitu.

Bagi Pak Tam, Ku Li lakukan ini semua semata-mata untuk mencari populariti untuk dirinya dalam usaha untuk merebut jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Inikah seorang pemimpin yang kita cari atau perlu untuk kekuatan Umno. Semakin jelas sejak BN terutama Umno menempuh pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini, sudah ada pemimpin Umno yang mahu menjadi juara. Juara yang kononnya apa yang berlaku pada BN seratus peratus disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mereka yang lain, samada Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi atau pemimpin diperingkat bahagian tidak terlibat dalam prestasi BN. Semuanya salah Pak Lah dan Pak Lah lah yang sepatutnya dipertanggungjawab sepenuhnya. » selanjutnya

Pahang potong 30% bukan cari populariti

June 12th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Kesediaan serta kesanggupan Kerajaan Negeri Pahang untuk memotong sehingga 30 peratus elaun keraian anggota Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menjimatkan perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak, dilihat satu langkah berani dan bertanggungjawab.

 

Walaupun kata Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob cadangan tersebut akan dibentang terlebih dahulu dalam mesyuarat Exco hari ini serta perlu mendapat kelulusan kerajaan pusat, Pak Tam sudah merasakan itulah keberanian seorang pemimpin.

 

Kalau mahu diikut, negeri Pahang bukanlah tergolong dalam negeri kaya jika mahu dibandingkan dengan Johor mahupun Selangor. Tetapi apa yang lebih penting kesediaan kerajaan negeri untuk berkongsi ‘sedikit kepayaan’ kesan daripada kenaikan harga minyak, harus dipuji walaupun kata MB beliau tidak mahu melakukan perkara ini kerana hendak popular.

 

Pandangan Pak Tam, Tok Nan tak perlu lagi cari publisiti untuk popular kerana sudah terkenal dan popular. Namun, kali ini dalam isu pemotongan elaun keraian Exco dan ADUN, kalau benar sekalipun ada pihak yang menuduh Tok Nan hendak mencari popular, Pak Tam rasa pedulikan, jika popular itu untuk dilihat bersimpati dengan rakyat.

 

Lagipun Dato Seri, keraian yang terlalu tinggi dan dilihat mewah hanya merupakan pembaziran sahaja. Kalau boleh dan kalau benar pemotongan elaun ini benar-benar berlaku, Pak Tam cadangankan biarlah ianya terus menjadi dasar kerajaan.

Keberanian seorang pemimpin…

June 10th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam untuk semua Pak Tam hulurkan. Agak lama Pak Tam tak ‘ke udara’, maklumlah Pak Tam pun sibuk juga. Namun, ini tidak bermakna Pak Tam akan membiarkan laman negeri Pak Tam ini terbiar begitu sahaja. Oh..ya sebelum terlupa, Pak Tam mengalu-alukan sebarang artikel dan pandangan untuk mengisi laman web ini.

 

Minggu lepas Pak Tam berada sehari dua di Kuala Lumpur atas satu urusan tidak rasmi. Kesempatan bila berada di Kuala Lumpur Pak Tam merayaplah ke beberapa loby hotel yang menjadi tumpuan professor politik. Dari banyak cerita yang Pak Tam kumpul terdengar ke telinga Pak Tam tentang kelantangan dan keberanian Menteri Besar Pak Tam.

 

Ramai yang tahu sebelum ni Tok Nan memang terkenal dengan kelantangan dan keberanian menegur yang pada pandangan beliau tidak kena dan tidak sesuai. Malah orang Pahang tahu sangat perangai Tok Nan ni. Beliau tidak pandai sangat nak menyimpan macam kebanyakan pemimpin lain dan lebih suka bercakap di belakang. Bagi Tok Nan yang Pak Tam kenal itulah sifat sedia ada pada beliau. » selanjutnya

Rakyat Subsidi…Salah Siapa ?

June 3rd, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam hormat rakan dan pembaca sekelian

 

Ada kalanya Pak Tam terfikir betapa beruntungnya rakyat Malaysia dan ada kalanya keberuntungan itu turut di kongsi oleh rakyat asing, pendatang asing dan sesiapa yang berada di negara ini.

 

Hampir apa yang kerajaan berikan kepada warganegara turut dinikmati oleh orang asing termasuk pendatang tanpa izin. Subsidi minyak umpamanya malah apa sahaja bencana yang menimpa ketika mereka berada di negara ini turut diberi bantuan oleh kerajaan. Sudah tentulah sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab seperti kerajaan Barisan Nasional.

 

Benarkah negara ini negara subsidi? Di mana sahaja ada subsidi kerajaan untuk rakyatnya tanpa mengira kedudukan dan pendapatan. Barang keperluan ada subsidi. » selanjutnya

Tun Dr Mahathir umpama ‘P Ramle’ dalam politik Melayu

May 9th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramle dianggap lagenda dalam dunia perfileman Melayu kerana jasa dan karya-karya agungnya, Pak Tam rasanya Tun Mahthir juga boleh dianggap ‘P Ramlee’ dalam dunia politik Melayu.

Pak Tam mengatakan begitu bukan sahaja kerana jasa keduanya dalam dua dunia yang berbeza tetapi juga kerana sanjungan orang Melayu kepada keduanya yang dianggap berlebihan dan melampau.

Jasa keduanya Pak Tam tidak pertikai. Samada allahyarham P Ramle mahupun Tun Dr Mahathir, » selanjutnya

Kenapa nak tunjuk baik bila dah kalah

May 9th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Hari ini Pak Tam terpanggil untuk mencatit disini bila terbaca blog bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo serta mengikuti juga tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan terbaca dalam akhbar arus perdana kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau bersedia untuk bertanding Presiden Umno bagi ‘merawat’ Umno.

Letih minda Pak Tam memikir dan cuba untuk membuat sedikit analisa kepada tulisan tiga tokoh ini.

Dr. Khir baru-baru ini mencatit bahawa beliau begitu sedih bila melihat keadaan di Sabah. Ini dilihatnya dalam rangka lawatan ke Sabah baru-baru ini. Bunyi macam bagus aje…. Tetapi timbul di benak Pak Tam, buat apa Khir Toyo pergi Sabah. Bercuti ? atau Melobi? » selanjutnya

Akibat MB ‘remote control’

May 3rd, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Apa yang berlaku di Negeri Perak hingga melibatkan campurtangan Istana dan Baginda Sultan dan Raja Muda tentang keputusan Menteri Besarnya ‘memecat’ Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury. Begitu juga di Pulau Pinang bilamana Yang Dipertuan Agong Sultan Mirzan Zainal Abidin ‘campurtangan’ berhubung dengan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta isu projek penternakan babi mega di Selangor, menjelaskan kepada kita betapa sudah wujud ‘MBRC’ atau ‘Menteri Besar  Remote Control’ » selanjutnya