Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Archive for December, 2008

Kenapa perlu tanya Hindraf?

Wednesday, December 31st, 2008

Berita terbaru hari ini adalah pengumuman Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkuatkuasa serta merta kerana kesal dengan sikap sesetengah pemimpin di Selangor yang gagal menjaga kepentingan rakyat.
Beliau berkata, keputusan muktamad ini terpaksa di ambil selepas mendapati sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) berlagak sombong dan [...]

Bukan kerja kita menghukum…

Wednesday, December 31st, 2008

Salam untuk sekian kalinya dari Pak Tam khusus untuk warga Pahang dan mereka yang pernah singgah disini. Pak Tam tidak berkesempatan mengenali apatah lagi berkawan dengan insan ‘istimewa’ ini. Namun, Pak Tam tetap ‘mengkagumi’ apa yang ada pada dirinya.
Sekali lagi bukan kerja Pak Tam untuk ‘menghukum’ dan ‘mengadili’ apa yang ada pada dirinya. Sedikit usaha [...]

Terlalu awal untuk kita menghukum…

Wednesday, December 31st, 2008

Salam Maal Hijrah untuk seluruh warga Pahang. Mungkin anda sudah menemuinya sebelum ini. Tetapi mungkin juga masih ramai yang belum berkesempatan menemuinya sebelum ini.
Jadi Pak Tam tidak ada ulasan merah dibawahnya kerana itu nanti adalah pandangan sebelah pihak Pak Tam dan Pak Tam merasakan tidak berhak untuk menghukumnya. Jadi Pak Tam mengajak seluruh warga Pahang [...]

Kita berkongsi…

Wednesday, December 31st, 2008

Salam Maal Hijrah untuk seluruh warga Pahang. Harapan Pak Tam kita semua berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dalam mengejar hidup di dunia ini dan mencari keredaan Allah, tidak salah untuk kita berkongsi apa sahaja. Asalkan yang dikongsi itu kebaikan dan boleh memberi manfaat kepada kita.
Kita tidak boleh mendabit dada kononnya kita berada dalam seribu [...]

Lahir lagi satu laman web warga Pahang

Monday, December 29th, 2008

Salam untuk semua dan Salam Maal Hijrah 1430H untuk seluruh warga Pahang. Malam ini ketika Pak Tam ‘merayau-rayau’ terjumpa satu laman web yang Pak Tam kira terbaru, masih segar lagi. Namanya pun menarik iaitu www.pahangnews.com.
Pak Tam tidak pasti siapa tuan punyanya. Kerana Pak tengok masih kosong dan tidak berisi lagi. Sekadar untuk menghebah kepada kawan-kawan [...]

Tunggu Ketua Cawangan Balik dari Mekah

Saturday, December 27th, 2008

Salam untuk semua. Semoga hari hari mendatang anda semua Warga Pahang sentiasa tenteram dan selesa. Sudah tiga hari Pak Tam membaca posting dari PDO tentang tajuk, Buruk Siku: Ahli Parlimen BN Paya Besar Rampas Semula Kerusi Roda Yang Telah diperuntukan Kepada Orang Kurang Upaya di Felda Panching.
Sekali baca terasa betapa ‘kejamnya’ Dato Manan Ismail sanggup [...]

Tahniah PAS Tetapi Tidak PKR

Thursday, December 25th, 2008

Hari ini Pak Tam ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada PAS kerana bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) Kapt (B) Dato Zahar Hashim yang dipecat keahlian Umno baru-baru ini memilih parti PAS untuk meneruskan perjuangan politiknya. Dato Zahar Hashim dikatakan bertindak keluar dari Umno bersama-sama 28 Ketua Umno Cawangan dan 13 ahli jawatankuasa dalam bahagian [...]

Rakyat Pahang bijak membuat penilaian

Thursday, December 25th, 2008

Pak Tam sengaja membiarkan beberapa hari ‘posting’ di pahangdaily.com (PDC) tidak di ‘update’ dengan harapan untuk melihat ‘respon’ dari komentar yang singgah di laman ini. Posting terakhir Pak Tam sebelum ini berkisar tentang isu Mentiga Corporation Bhd (MCB) yang menjelaskan segala tuduhan dari pahangdailyonline (PDO).
Namun, pada Isnin, 22 Disember 2008, PDO mengulas lanjut segala penjelasan [...]

Bila kita Pendakwa…Kita Peguambela…Kita lah juga Hakim…

Wednesday, December 24th, 2008

Salam untuk semua terutama warga Pahang yang dirahmati Allah. Semoga kehidupan seharian anda sentiasa dalam suasana aman, tenteram, tenang hati dan jiwa, lapang dada dan minda menghirup udara kebebasan sebagai seorang anak negeri di bumi Darul Makmur.
Alhamdulillah, Pak Tam masih disini. Disini dalam usha kecil Pak Tam untuk memberi pandangan dan penjelasan atas segala kemusykilan [...]

PDO bermain sentimen kenegerian

Sunday, December 21st, 2008

Salam hormat dan Salam bahagia untuk seluruh warga Pahang. Kepada teman, sahabat dan sanak saudara serta pemimpin-pemimpin Pahang, marilah sama-sama kita berdoa memohon perlindungan dari Allah SWT agar negeri kita terus aman, makmur dan mendapat keberkatan.
Siasatan Pak Tam kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, Pak Tam bersyukur kerana selamat menjalankan siasatan dan bertemu dengan semua pihak [...]

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...