Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

682 pelajar miskin terima bantuan: PAS buat apa?

KUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan RM149,350 untuk diagihkan kepada 682 pelajar yang dikategorikan miskin menerusi bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) 2008, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh, berkata semua penerima daripada tiga kawasan Parlimen iaitu Kuantan seramai 178 penerima, diikuti Indera Mahkota (55) dan Paya Besar (22).

Katanya, kategori pemilihan penerima itu berdasarkan pendapatan isi rumah RM720 sebulan bagi melayakkan mereka menerima bantuan disalurkan KPKT kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“Bantuan kemasukan ke sekolah ini dibahagi kepada dua kategori iaitu bagi sekolah rendah yang menerima pakaian dan peralatan sekolah bernilai RM200, manakala sekolah menengah pula RM250.

“Bantuan diterima ialah dua pasang pakaian seragam, dua pasang kasut, satu beg dan alat tulis,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan PPKB 2008 di MPK, di sini, semalam.

PAK TAM: Dari dulu sampai sekarang, pimpinan Barisan Nasional tidak pernah melupakan rakyat yang memerlukan bantuan, termasuklah apa yang telah dilakukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Disinilah bezanya antara BN (UMNO) dengan PAS ataupun Pakatan Rakyat mahupun mana-mana parti yang bersekutu dengannya.

BN (UMNO) lebih suka buat kerja daripada bercakap ke hulu kehilir seperti PAS. Mungkin juga benar kata sesetengah orang PAS, kami parti pembangkang jadi kami akan bangkang apa sahaja yang dibuat oleh parti pemerintah. Mudah sungguh jadi pembangkang, apa yang perlu dibuat hanya bercakap dan membangkang apa yang parti pemerintah buat.

Namun, rakyat Pahang khususnya, perlu bijak untuk melihat mana satu permata dan mana satu kaca. Setakat hari ini PAS adalah kaca dan BN (UMNO) itu permata. Apapun Pak Tam tetap percaya dan yakin bahawa rakyat Pahang sentiasa bijak dalam memilih dan membuat penentuan.

Turut hadir, Setiausaha MPK, Mohd Zainuddin Idris.

Beliau berkata, selain bantuan kemasukan ke sekolah, 10 bantuan lain ialah bantuan sewa rumah, kos jagaan kanak-kanak, pengangkutan ke tempat kerja, rawatan dialisis buah pinggang serta bantuan ihsan dan anak yang melanjutkan pelajaran ke intitusi pengajian tinggi (IPT).

“Bantuan itu diberikan bagi tempoh setahun bagi meringankan beban kewangan dihadapi berikutan gaji bulanan mereka bawah RM720.

“Dengan bantuan ini, kerajaan berharap mereka dapat membelanjakannya dengan berhemah dan memastikan wang itu tidak digunakan untuk tujuan lain,” katanya.


2 Responses to “682 pelajar miskin terima bantuan: PAS buat apa?”

  1. fakir Says:

    kamu ni duduk sibuk-sibuk tanya mana pas bila berlaku banjir, UMNO harga minyak naik, barang naik semua naik boleh buat-buat bodoh. ke umno ni memang dah bodoh tahap dewa hindu sangam…BANGSAT UMNO

    Pak Tam says

    Jangan marah bila minyak naik sahaja tetapi tidak pandai berterima kasih bila minyak turun. Ini lah insan Pas yang hanya melihat buruk pada orang lain dan cantik sempurna pada Pas sahaja

  2. puyuh Says:

    RM 1.80 seliter, patutnya 1.60. rakyat yang sensara diperas secara halus, Petronas dah untung berbillion2 rakyat pulak bagi subsidi pada kerajaan. Apa komen Pak Tam yang bijaksana dan pandai bersyukur ?

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...