Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Akibat MB ‘remote control’

Apa yang berlaku di Negeri Perak hingga melibatkan campurtangan Istana dan Baginda Sultan dan Raja Muda tentang keputusan Menteri Besarnya ‘memecat’ Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury. Begitu juga di Pulau Pinang bilamana Yang Dipertuan Agong Sultan Mirzan Zainal Abidin ‘campurtangan’ berhubung dengan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta isu projek penternakan babi mega di Selangor, menjelaskan kepada kita betapa sudah wujud ‘MBRC’ atau ‘Menteri Besar  Remote Control’Di Perak, Menteri Besarnya Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari PKR tidak dapat mentadbir dengan berkesan kerana beliau hanyalah sebuah ‘kereta mainan’ yang remotenya di pegang oleh DAP.

DAP mengusai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS 6 dan PKR cuma 7 kerusi sahaja. Hari tu kalau tidak kerana adanya halangan undang-undang tubuh Negeri Perak sudah tentu Menteri Besar Perak dari DAP. Hakikat ini semua orang tahu dan bukan Pak Tam sorang sahaja yang tahu.

Jadi, apa lah sangat yang boleh dibuat oleh Nizar Jamaluddin kerana beliau hanya bergerak setelah digerak oleh pemegang remote. Inilah akibatnya kalau sebuah kerajaan campuran yang sebelum ini tidak pernah bercampur dan kalau bercampurpun hanya untuk pilihan raya sahaja.

Berbanding dengan Barisan Nasional yang bercampur sepanjang masa dan sudah ada persefahaman antara semua kaum yang mewakili parti-parti komponen dalam BN. Sebab itu BN boleh mentadbir Negara ini sejak merdeka tanpa masalah besar.

PAK TAM : Kita tunggu dan lihat banyak lagi drama MBRC akan berlaku dalam mereka sama-sama berpakat untuk menyakat antara satu sama lain. Tapi Pak Tam juga turut bimbang apa yang sedang dan mungkin berlaku dalam Pergerakan Pemuda Umno. Pemuda Umno berkemungkinan besar akan mendapat seorang ‘ketua remote control’ tidak lama lagi. Untuk isu ini Pak Tam akan menulis satu dua hari lagi.


One Response to “Akibat MB ‘remote control’”

  1. aziezoul Says:

    Lebih baik diawasi oleh pemegang remote daripada dia sendiri yang bergerak sesuka hati sampai habis semua disapunya

Leave a Reply