Banjir di Pahang: Mana PAS?
KUANTAN, 28 Nov (Bernama) - Bilangan mangsa banjir di empat daerah yang terlibat di Pahang mencecah 91 orang pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Lipis masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 57 orang diikuti Temerloh (16), Cameron Highlands (13) dan Raub (lima).
“Semua mangsa dari enam kampung di Lipis kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Seberang Jelai, Sekolah Kebangsaan Batu Yon dan Balai Raya Kampung Lentang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Di Temerloh, mangsa banjir dari Kampung Kuala Kaung, Lanchang ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Murni dan Masjid Kampung Kaung.
Mangsa banjir di daerah Raub pula ditempatkan di pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Pampong dan kedai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ajai manakala mangsa banjir di Cameron Highlands di Dewan Orang Ramai Ringlet.
– BERNAMA
PAK TAM: Memetik berita Bernama dari Pahang, Pak Tam hanya ingin menyentuh satu perkara tentang banjir dan bantuan kepada mangsa banjir ini. Pak Tam pernah terlibat dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir terutama di Pahang.
Malah Pak Tam pernah bersama Dato Sharkar dan Dato Seri Menteri Besar sendiri turun ke padang memberi bantuan kepada mangsa banjir. Dalam setiap bantuan itu, belum pernah sekali Pak Tam terdengar malah tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional bahawa bantuan itu hanya diberi kepada orang Umno sahaja. Malah di rumah orang Pas bukan setakat ahli biasa bahkan orang kuat Pas sekalipun Umno tidak pernah memilih bulu dalam memberi bantuan.
Malah ada kalanya Pak Tam sendiri rasa serba salah kerana terpaksa menghulur bantuan kepada mangsa yang di rumahnya terpacak dan terpampang bendera Pas. Ini semua kerana Umno tidak pernah membeza-bezakan rakyat yang ingin dibantu.
Kalau di turutkan hati dan bila terkenang kembali ‘keceluparan’ mulut pemimpin-pemimpin Pas yang memfitnah dan menuduh Umno yang bukan-bukan layak rasanya Pak Tam tidak turut membantu mangsa yang jelas dan nyata ‘orang kuat’ Pas. Tetapi Pak Tam sedar, ada kalanya ahli Pas ini tidak boleh disalahkan sangat mereka lebih terikut dan fanatik kepada pemimpin mereka yang mempunyai cita-cita politik mengatasi cita-cita untuk berkhidmat.

November 30th, 2008 at 10:42 am
Sama-samalah kita bantu mangsa banjir tidak kira umur, lapisan masyarakat, kaum dan latar belakang politik mereka. Apa yang penting kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan ikhlas.
Pakatan Rakyat hanya akan bantu mangsa banjir jika menguntungkan politik mereka sahaja tidak seperti Kerajaan Barisan Nasional.
Waris Pahang setuju sangat kata Pak Tam : “pemimpin pembangkang mempunyai cita-cita politik mengatasi cita-cita untuk berkhidmat”.
Moh! “Misi Pulau Pakatan Rakyat”
December 3, 2008 at 4:03 am
Itulah yang dibuat oleh kerajaan BN selama ne tuan tetapi orang Pas tidak pernah nampak kebenaran dan kebaikan yang dibuat oleh Umno
December 1st, 2008 at 1:04 pm
alhamdulillah, kami di bera belum dinaiki air, cuma baru sebuah rumah aje terkepung di kampung paya pagar, kerayong berhampiran bandar bera… bantuan makanan dan kelengkapan dari yb adun guai telah dihantar petang semalam…
Air sungai triang agar besar dan laju tapi air sungai pahang dan bera masih belum naik ke paras merbahaya…
tahun ini semua penduduk telah bersedia, begitu juga agensi2 kerajaan yang terlibat, kebanyakan kampung yang tenggelam tahun lepas telah dihantarkan bekalan2 perlu sejak sebulan yang lalu…
Doa2kanlah agar kali ini semuanya selamat, insyaAllah…
December 3, 2008 at 4:04 am
Pak Tam doakan kawan-kawan Pak Tam di Bera akan sentiasa selamat dan bersedia untuk bantu membantu. YB Mail Said ada turun kawasan ke tuan?
December 2nd, 2008 at 12:04 pm
Dalam kegawatan dan kecemasan begini kita jangan fikirkan sangat siapa mangsa - bangsa,agama,politik dan sebagainya. Bersihkan jiwa kita dan menjadi orang Islam sejati dengan berbuat kebaikan hanya kerana Allah. Senang-senang jenguklah saya diblog saya: bRAVE hEART - http://braveheart-blogger.blogspot.com
December 3, 2008 at 4:05 am
Amin….inilah jiwa orang Umno. Apakah jiwa orang Pas macam tuan ne juga….???
December 2nd, 2008 at 1:05 pm
Alhamdulillah… bagus Pak Tam membatu orang tak kira parti politik…moga Allah jualah yang dapat membalas jasa baik Pak Tam dan Gerombolan yang “ikhlas” membantu mangsa banjir…dan bantuan makanan sardin yang diimport dari China….yang tiada tanda Halal….yang pernah saya dapat ketika banjir di Pekan lepas….Terima kasih sangat….amin….
December 3, 2008 at 4:07 am
Kita jangan jadi macam Raja Petra yang baru dibebaskan dari Isa baru-baru ini. Dia menyaman kerajaan kononya tidak benarkan dia sembahyang jumaat semasa dalam tahanan di Kemunting. Apakah semasa dia bebas di luar dia tidak pernah tidak tinggal jumaat
December 2nd, 2008 at 6:06 pm
Usaha pak tam yang turut serta membantu mangsa banjir adalah kerja kebajikan yang patut dipuji,tetapi saya tidak bersetuju sekiranya pak tam mengatakan pas tidak nampak batang hidung untuk turut sama membantu mangsa banjir,sebab saya pernah mengikuti rombongan pas bagi membantu mangsa banjir,cuma kadang2 ada kalangan pimpinan umno yang cuba untuk menyekat bantuan dari pihak pas.
Contoh terbaik ialah apa yang berlaku di ubai,semasa rombongan pas datang untuk memberikan bantuan pasa mangsa banjir,ada pulak pihak umno yang cuba menyekat dengan tidak membenarkan sumbangan tersebut disampaikan,nasib baik ada antara mangsa terlibat yang menyatakan bahawa semua sumbangan adalah dialu alukan walau pun dari parti pembangkang.
Untuk makluman pak tam,pas berusaha mengumpulkan segala bentuk bantuan dari kalangan ahli mereka berbanding dengan umno yang hanya menhulurkan bantuan dari peruntukkan kerajaan.
Peruntukan dari kerajaan bermakna hak rakyat tak kira apa fahaman politik mereka sekiranya mereka terlibat dengan banjir maka mereka berhak mendapat bantuan tersebut.
Sikap pak tam yang memberikan sumbangan tersebut pada semua mangsa adalah bagus,tetapi detik hati yang berkata tak patut bagi itu telah membatalkan amal yang telah pak tam lakukan,harap dilain kali pak tam akan lebih cuba untuk ikhlas dalam melakukan amal.
December 3, 2008 at 4:09 am
Terdetik hati saya kerana terbayang maki hamun dan dusta Pas selama ini. Itu saja tapi bantuan saya hulor juga
December 3rd, 2008 at 12:38 am
Tahun lepas banjir kat Jengka,tak dak sekor muka Umno pun bantu kami kat Matau walaupun kami berjasa menewaskan Tuan Brahim thn 2004 dulu
December 3, 2008 at 4:11 am
Tak ada sekorpun muka umno tu apakah bermaksud tuan dan seluruh penduduk Jengka yang terlibat banjir tahun lepas tidak mendapat apa-apa atau tuan tergolong dalam golongan yang tidak suka bercakap benar
December 3rd, 2008 at 12:43 am
Orang kat Jengka semua tahu sape yang bantu mangsa banjir kat sini .Walaupun kalah,Dato Tuan Ibrahim dan Unit Amal pemuda PAS boleh hantar makanan rumah ke rumah dan air gau tiap hari kat rumah kami walaupun kami sokong Umno,muka Wan Salman,Cikgu Sabri,YB Rahman (YB Dulu) tak namapk langsung ,nak pilihanraya muka tak malu datang janji atas surau Matau nak bela org Matau.Lepas PRU,kami dapat surat nak roboh rumah kami April ni,dasar tak kenang budi.Org Matau kerja keras tumbangkan Tuan Brahim.Ini balasannya.
Lawaknya ada blogger bodoh mcm pahangdaily.com ni.Jangan lah jadi bangang sangat .Tak de standard punya berita,pahangdaily.blogspot.com,tukulbesi.blogspot.com jauh profesional dari kamu.buat malu je.
December 3, 2008 at 4:14 am
Apakah saudara pasti tidak ada apa-apa hubungan dan pertalian antara pahangdaily.blogspot dan pahangdaily.com. Belajar lagi dan biar bijak meneka dalam politik
December 3rd, 2008 at 1:53 pm
Alhamdulillah Pak Tam sedar kewajiban semayang Jumaat…..so sepatutnya pembagi sumbangan juga sedar la pentingnya halal dalam pemakanan……Betultak Pak Tam???Kalu tak jadi la darah daging yang haram….
December 4th, 2008 at 12:29 am
wahai pak tam yg bangang lg bahlul duk bawah ketiak pak lah miang tu,raja petra saman krjn tu patut.klu kat luar tu mana ko tau dia solat ke x?nak putar belit ayat.xde modal ke nak hentam?at least raja petra mengketengahkan karat UMNO yg xbg org lain solat jumaat mcm depa tu solat fardhu pun xtau niat.bodoh sgt2 kau ni pak tam.patut ko ni campak je kat laut kasi ikan jawz makan.tp aku takut lak ikan jawz tu jd bodoh mcm kau ni pak tam?ahakhakhakhakhak
December 7th, 2008 at 7:53 pm
Selamat sejahtera kpd pak Tam..
kesian lak bila nengok paktam kena hemtam…..dia orang ni dah bukan orang melayu..pasalnye..dah tak tau adab susila…nak tulis…macam mana lah negara tak kena jajah…kerana adenye segelintir melayu yang terberadab MELAYU…..
December 7th, 2008 at 11:58 pm
Jengka Says:
December 2nd, 2008 at 1:05 pm
… …moga Allah jualah yang dapat membalas jasa baik Pak Tam dan Gerombolan yang “ikhlas” membantu mangsa banjir…dan bantuan makanan sardin yang diimport dari China….yang tiada tanda Halal….yang pernah saya dapat ketika banjir di Pekan lepas….Terima kasih sangat….amin….
Alhamdulillah. Maknanya dapat jugalah bantuan banjir walaupun yang bukan bertanda halal. Mungkin juga segala yang UMNO berikan selama ini dari yang haram-haram belaka. Kalau yang jadi peneroka FELDA tu, maknanya mereka pun adpat rezeki yang haram juga agaknya. Wallahualam!
January 5th, 2009 at 8:27 pm
Salam Pak Tam,
Boleh x Pak Tam resign dulu dari mana2 parti politik, dan kemudian baru bercerita pasal ‘charity’ ni. Koi xpercaya keikhlasan tuan yang berplatformkan politik untuk membantu.
Koi Orang Lebak…