Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Bencikan UMNO sanggup ‘cium’ DAP.

Apa sahaja sanggup dilakukan oleh PAS dan penulis upahan mereka hanya dengan satu matlamat ‘bencikan Umno’ hingga sanggup ‘cium’ DAP. Semuanya ini tidak menjadi kesalahan bagi PAS walaupun terpaksa mengagung-agungkan DAP. Apa yang penting timbulkan kebencian rakyat dan pembaca terhadap Umno.

 

Carilah apa sahaja ‘masalah’ yang boleh diputar belitkan hingga membawa kepada timbul rasa percaya rakyat bahawa ‘masalah’ tersebut berpunca dari Umno. Menyusuri mencari ‘masalah’ yang kononnya berpunca dari Umno segala cara di halalkan waima terpaksa menyokong dan mendokong puak DAP.

 

Inilah kerja juak-juak PAS yang dilatih dan diasuh untuk kerja jahat ini dan mereka sedang berada di mana-mana samada dialam nyata, alam siber mahupun alam angan-angan. Di kedai-kedai kopi puak ini bersepah.

 

Di alam siber anak-anak puak-puak ini bertaburan di Felda pun puak-puak ini ada. Kerja mereka mudah dan senang. Cari ‘silap’ Umno salahkan Umno, biar rakyat benci Umno. Semakin ramai yang benci Umno semakin berjaya kerja mereka. Juak-juak PAS ini wajahnya ada berbagai.

 

Kalau di kedai-kedai kopi yang berkopiah putih ada janggut sikit dan kalau yang berumur sikit ada serban putih di kepala. Jika juak ini di café atau kantin jabatan kerajaan, pakaian nampak kemas tapi tetap ada sedikit janggut dan kalau di alam siber ini anak-anak juak ini kebanyakannya yang samada sedang atau lepasan universiti tetapi masih tidak dapat kerja.

 

Jiwa dan hati mereka telah lama beku. Kaku untuk melihat dan menilai dengan akal fikiran yang waras, mana satu yang betul dan mana satu yang bathil.

 

Kalau ada peniaga yang disaman oleh pihak PBT, salahkan Umno. Jika ada peniaga yang tidak dapat tempat berniaga, salahkan Umno. Harga minyak naik, salahkan Umno tetapi bila minyak turun puak-puak ini senyap dan tidak nampak ‘batang hidung’ di kantin-kantin sekitar Kuantan.

 

Kalau dulu puak-puak ini dilatih dan diajar untuk ‘serang Pak Lah’, lemahkan kepimpinan Pak Lah, cari salah Pak Lah, tuduh Pak Lah dengan bermacam-macam, cari gambar Pak Lah tidor. Semuanya dengan satu niat timbulkan kebencian rakyat terhadap Pak Lah dan Umno. Sedikit sebanyak kerja puak-puak ini telah berjaya dan ada orang Umno yang terikut-ikut dengan rentak puak-puak ini.

 

Di Pahang, pasukan juak-juak Pas ini diberi arahan ‘serang Dato Nan’, timbulkan kebencian rakyat Pahang terhadap Umno. Cari apa sahaja ‘salah’ Umno, hebah dan tambah mana yang patut, janji nampak ‘sedap’ maka jaja lah ke segenap Felda, kantik sekolah mahupun di alam siber ini. Kalau tidak masakan rumah Allahyarham Sudirman terbakar pun disalahkan Umno.

 

PAS dan pemimpinnya yang rata-rata Melayu beragama Islam langsung tidak nampak permainan pemimpin bukan Melayu yang sedang bersatu untuk melaga-lagakan parti-parti yang bertunjangkan Melayu. Mereka tunjuk baik dengan PAS, beli hati dan jiwa PAS bagi apa sahaja yang boleh mengembirakan hati PAS kerana mereka sedar orang Melayu hanya ada dua parti tunjang sahaja iaitu PAS dan UMNO.

 

Sebahagian daripada parti bukan Melayu sedang berada dalam Barisan Nasional. Kerja mereka mendesak Umno dari dalam, manakala bagi parti bukan Melayu yang berada di luar mereka ‘memperlekeh’ Melayu dari luar tetapi berkawan dengan PAS yang dianggap ‘mereka boleh makan’.

 

Manakala juak-juak PAS yang berada di alam siber ini meskipun berpendidikan tinggi tetapi jiwa kosong, hati beku, mata kaku. Apa yang ada pada mereka hanyalah kebencian yang meluap-luap pada Umno. Tidak menjadi kesalahan bagi mereka ‘bermusuh dengan Umno meskipun terpaksa berkawan dengan DAP”.

 

Sedarlah wahai teman yang bernama Melayu. Bumi ini bukan milik mutlak kita. Meskipun kita bangsa ‘bertuan’ tetapi perlembagaan yang ada tidak menyebut bahawa Perdana Menteri mesti seorang Melayu yang beragama Islam. Mungkin PAS ‘tak kisah’ siapa sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan bukanya Umno.

 

Sebab itu Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang lebih baik dari Menteri Besar Pahang pada mata mereka hanya kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi elaun dan saguhati tahunan sebanyak 50 peratus daripada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang kepada lebih 2,000 guru agama dan guru Al-Quran di Pulau Pinang.


23 Responses to “Bencikan UMNO sanggup ‘cium’ DAP.”

  1. Jengka Says:

    Terpaksa membaca luahan rasa Pak Tam….terbuku nampaknya…dilepaskan jua walaupun perit….moh la kita nyanyi pak tam lagu rock taun 80an…..layan

    lagu untuk pak Tam:

    Cinta Kain Putih

    Ku jalan sendiri tiada tempat
    Untuk menanti
    Tiada mu aku menyepi
    Bayanganmu aku mencari…

    Ku sangkakan hujan
    Tapi taufan datang melanda
    Ku mencari tanpa pegangan
    Dan tersungkur di ketepian

    Kain putih yang kuberi padamu
    Kini pudar warna-warnanya
    Kuselimut di atas ikal rambutmu
    Kian jatuh terus cecah ke bahu…

    Ku mencari bayangan tiada
    Di langit biru di lautan api
    Kau hilang dan semakin jauh
    Hujung dunia kita berjumpa

    Bila ku lihat kau dihancur
    Bagaikan luruh bunga yang gugur

    Kusunting dirimu
    Kau kugenggam hatimu itu
    Kan kujaga wahai bungaku
    Kau kan tumbuh subur mewangi

    Kau mekarlah wahai mu bunga
    Subur menguntum ditaman hati
    Kau hilang dan semakin jauh
    Hujung dunia kita berjumpa

    Lirik yang last2 tu untuk kekasih ati la…tapi yang 5 awal tu je khas buat Pak Tam….faham la sastera sikit…takan nak direct aje…..

  2. abun Says:

    yer, memang pun semua salah umno, hang tu barua umno, tak sedar diri,

    Pak Tam says

    Komen sdr saya akan paparkan nanti sebagai bukti ‘budi bahasa’ puak-puak Pas ini

  3. Adik Pak Tam Says:

    padan dah tuu… elok bekawan dengan DAP atau Cina yg hormat ulamak. daripada berkawan dgn puak UMNO yang hina ulamak dan x hormat ulamak..mana lebih elok? x kan itu pun pak tam … x sedar ..jgn dok PK yg bukan-bukan..mat-mat felda tu rosak sebb uMNO dok bwk hiburan..hiburan..hiburannn… karaoke itu budaya UMNo..elok sgt ker tuuu

    Pak Tam says

    Kalau hiburan punca mat-mat felda rosak kerana umno bawa masuk hiburan, bagaimana rosaknya budak-budak seperti ini di Kelantan. Di Kelantan Pas perintah tau…

  4. mat jengka Says:

    aku setuju tuu. Pak Tam ni pencacai UMNO…menulis ikut sedap hati jerr.cakap orang lain “Beku”, walhal awak tu “kubur kata mari rumah kata pegi” masih lagi nampak UMNO karat tuu jerr.. Ingat2lah sikit..UMNO tu penuh dgn rasuah…siap bertumbuk lagii… dah berkarat keris UMNO tuu.. Bila lagi Pak Tam nak sedar? Ingatlah,,,seburuk2 PAS , Al-Quran dijadikan panduan… tazkirah, ceramah agama dan program agama diperbanyakkan. Tapi UMNO..apa yg tau…karaoke, prjek balak, betina, arak, judi tu semua permainan puak-puak demo. Sebab itu jiwa dan hait demo beku…. bertaubatlah pak tam sebelum terlambat…Ramai dah kembali ke jalan yang benar… Pak Tam dengan Ismail Kamus rasanya..jauh panggang dari api..MB bagi duit elaun pun buat apa..kalu hati pak tam tak tenteram nanti..sekrg sedap lar cakap….jilat MB..nanti bila kerajaan dan bertukar atau MB dan tukarr..mula lah Pak Tam teringat yerrr….

    Pak Tam says

    Kalau betul awak ni budak jengka atau kena mengena dengan jengka, tak malu ke duduk di jengka yang diasaskan oleh Umno. Bercakap biar berlapik. Jangan kita menggigit jari-jari yang pernah menyuap nasi ke muluk kita

  5. bRAVE hEART Says:

    Salam untuk saudara,
    Saya merakamkan rasa yang sangat kesal atas apa yang sedang berlaku dikala ini. Tapi ini lah hakikatnya. Puak pembangkang sering membuat tohmahan kepada kerajaan. Seakan tiada suatu pun yang baik telah kerajaan lakukan untuk mereka. Mugkinkah mereka ini dari umat yang tidak mengenang budi dan tidak pernah bersyukur. Malangnya mereka masih belum sedar bahawa apa yang berlaku kini melemahkan kuasa bangsa melayu ini sendiri yang pada akhirnya bangsa lain akan menguasai ekonomi dan politik. Kita terlalu cepat melupai sejarah.

    Saya akui segala yang saudara katakan adalah benar. Banyak contoh yang dapat diberikan jika benar-benar orang yang bersyukur dan pandai berterima kasih. Jika pun tidak kepada kerajaan sekarang ini, berterima kasihlah kepada kerajaan dahulu yang mewariskan segalanya untuk kita.

    Wallahualam!

    Pak Tam says

    Apa erti terima kasih bagi orang Pas ne. Sama la mereka tidak pernah berterima kasih kepada diri sendiri kerana dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Kalau dia orang hidup di Thailand atau di tiga wilayah di sana, tahulah untung nasib diri.

  6. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum.

    Orang Pakatan Rakyat tak betul. Semenjak PAS gugurkan ideologi Negara Islam ni dah tak macam dulu lagi. Teruk dah. Kuil yang dibina secara haram di Tanah Rizab Hutan diroboh MPAJ. Tak pasal2 je Kerajaan Pakatan Rakyat gantung tugas dia. Tak ke zalim namanya tu?

    Kezaliman Kafir Pakatan Rakyat!
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/10/kuasa-di-tangan-mereka-kuasa-sebenar-di.html

    Pak Tam says

    Kita minta puak-puak PAS terutama di Pahang ikuti kenyataan Datuk Hassan Ali di tv malam ini tentang untung nasib berkongsi dengan PKR di Selangor.

  7. warispahang Says:

    Pas sudah jadi parti kelas ketiga ditenggelamkan oleh PKR. Pas tidak ada identiti lagi. Pas terdesak hingga sanggup terima orang bukan Islam menyertai PAS untuk menyaingi PKR.

    PKR mempunyai muslihat tersembunyi untuk melenyapkan Pas dan DAP atau dalam erti kata lain kedua-dua parti ini menyertai PKR?. Wallahuallam.

    Pak Tam says

    Yang akan ‘mainkan’ Pas adalah PKR. Tetapi PKR hanya alat untuk ‘mainkan’ Pas tetapi dalangnya DAP. Malas Pak Tam nak ulas panjang tetapi jika perlu tunggu posting Pak Tam nanti, kenapa bukan Melayu sokong PKR. Kita bongkar segalanya

  8. keris panjang Says:

    Nak komen sikit, Boleh?

    Quote “PAS dan pemimpinnya yang rata-rata Melayu beragama Islam langsung tidak nampak permainan pemimpin bukan Melayu yang sedang bersatu untuk melaga-lagakan parti-parti yang bertunjangkan Melayu”

    komen - UMNO buat apa? Dlm kerajaan pun apa mereka minta semua diberi..biasiswa pun dh jd 45 : 55? Tak fasal2 sahaja..

    Quote “Sedarlah wahai teman yang bernama Melayu. Bumi ini bukan milik mutlak kita. Meskipun kita bangsa ‘bertuan’ tetapi perlembagaan yang ada tidak menyebut bahawa Perdana Menteri mesti seorang Melayu yang beragama Islam. Mungkin PAS ‘tak kisah’ siapa sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan bukanya Umno. ”

    Komen - siapa yg jadikan bumi ini bukan milik mutlak kita..bukan kah UMNO yg pergi runding kemerdekaan ..kenapa tak pertahankan hak2 kita..antara kesilapan lain yg kita tanggung padahnya sekarang ini sekolah vernakular yg dibangkitkan YB Datuk Mukhriz baru2 ini..Thailand, Filipina, Indonesia ade buat macam itu? Singapura sendiri pun tak benarkan sekolah2 dan universiti begini hidup..jika pemimpin2 kita terdahulu berpandangan jauh sikit..tidak nak tunjuk “baik sangat”..keadaan skg ini takkan berlaku! Patutnya belajarlah saikologi kedua2 kaum ni dulu..tguk spura..kuan yew tahu perangai bangsa dia..habis semua dia tutup - sekolah cina,universiti cina,kilang babi,bakar mercun..kerajaan UMNO berani buat?

    PAS dan PKR mmg lah tak boleh pakai..jd siapa yg boleh “pakai?”..inilah masaalah kami akar umbi sekarang ini..pemimpin2 hanya syok sendiri sahaja..tp mereka tak tahu apa yang ada didalam hati kami!

    Blog ni pun sama sahaja dgn pahang daily online..tegakkan benang basah masing2..org mcm kami ni jgn fikir boleh termakan dgn gula2 korang..

    kpd Adik Pak Tam..anda ni adalah golongan melayu yg mudah digula2kan oleh bangsa tu..itulah cara mreka menakluk melayu..korang ni mudah sgt “layu”..tak ada semangat mat kilaun langsung..malukan org pahang jer..

    Pak Tam says

    Saya buka pandangan saudara untuk dibincangkan dalam blog ini

  9. keris panjang Says:

    ini lg satu..tak berani mcm pahang daily online..posting nk tunggu approve moderator lak dulu..panakut sanagat..dalam hal ini pahang daily online patut dipuji kerana mereka ni walau pun aku tguk taksub..tetapi berani menerima komen secara terus..nk tapis ape nyer!

    Pak Tam says

    Walaupun begitu, saya keluarkan komen saudara tanpa meng ‘edit’ satu patah perkataan pun. Apakah itu tidak cukup bukti. Moderator hanya untuk memastikan tidak wujud fitnah yang melampau atau apa-apa yang berbau hasutan kerana kami blog yang bertanggongjawab untuk keamanan dan kesejahteraan semua.

  10. binkamsian Says:

    Assalamualaikum..mari kita berpolemik secara profesianal dengan membawa fakta-fakta yang benar belaka. Itu sahaja kejayaan kita dalam menegak kebenaran. Rakyat semakin celik sekarang. Kalau kita buat silap mengaku silap aje.. dan buat iltizam utk buat perubahan kearah kebaikkan baru lah kita jadi terus relevan setiap masa. Yang nama BANGKAI(keburukan) kalau ditutup pun lelama baunya keluar juga!!
    Walhasilnya… marilah kita buat satu anjakan paradigma dalam kata lainnya beri peluang PR memerintah kali ini. Aapa salahnya bagi peluang 5thn aje. Kalau tak bagus kita kembali ke BN. Kalau bagus kita biarkan BN terus jadi pembangkang. Sekarang ni kita lihat di lima negeri..BN telah jadi pembangkang yang berkesan. SEGALA-GALANYA DEMI UNTUK RAKYAT!!

    Pak Tam says

    apakah perkataan BANGKAI itu membawa maksud ‘polemik yang profesional’

  11. warispahang Says:

    Persoalannya sekarang 5 bulan negeri yang diperintah sekarang pun tak bagus, inikan pula nak minta 5 tahun.

    Pakatan Pembangkang telah khianati rakyat.

    Pak Tam says

    Terima kasih Tuan

  12. keris panjang Says:

    Terima kasihlah Pak Tam..logik juga jawapan tu..

    Tajuk kat atas tu saya setuju ler..mmg betul pun..paku dulang paku serpih..pada saya mereka2 tu uniform sahaja islam tp didalam ALLAH SWT sahaja yg tahu..kalau tak takkanlah sanggup ketepikan kaum seagama..tp nk cakap pun susah Pak Tam..masing2 UMNO dan PAS ni ego masing2 besar sgt..masing2 tak mahu berkorban..takut nk korbankan kuasa dan habuan dunia agaknya..bangsa seagama berkecamuk tak aper asalkan hati puas!

    Mmg susah nk cakap..kalaulah org kita ni bukan islam..tak tau nak katalah..sedangkan islam pun begini keadaannya..segala perkara yg negatif, carilah kat bangsa kita..betul2 memalukan! Macamanalah org nk respect kat islam..kerana kuasa dan habuan dunia, serban pun DAP dh londehkan..

    Pak Tam says

    Kita semua ni yang bernama Melayu tidak pernah rasa kehilangan kuasa dan negara, sebab itu kita suka bergaduh. Tapi tak kan nak tunggu sampai dah hilang semua baru kita nak bersatu. Terima kasih keris panjang

  13. Natahbodoh Says:

    Kenapa hangpa semua asyik pikir kaum bukan melayu nak sangat rampas kuasa dan hak melayu kat Tanah Melayu? yang kaya2nya kebanyakkan kaum cina. rasanya dah cukup sebab dari persefahaman aku depa semua pentingkan duit ja. jangan pikir sangatla yang kaum bukan melayu ni nak rampas Tanah Melayu, apa yang ada sangat ngan Tanah Melayu ni?

    Ni la mentaliti kalut UMNO. Paria betul.

    aku tak sokong mana mana , aku macam Pasir Mas, BEBAS!

    Pak Tam says

    Kalau tak sokong mana-mana kenapa nak melatah pulak tuan

  14. keris panjang Says:

    Bawak mengucap Natahbodoh..aku tak tahu dimana ko letakkan otak ko..ekonomi dia org dh pegang habis dah..tak nampak ke skg ni mereka mula tunjukkan tokak masing2..yg dlm kerajaan dulu duk angguk (dan geleng sikit2) skg dh mula tunjukkan belang masing2 dah..mreka ni skg nakkan kuasa sahaja lg..kalau mreka dh dapat menatang tu..ko aku rasa boleh pike sendiri lar..tp kalu pendirian ko masih macam yg ko tulis kat atas ni gak..aku tak taulah otak ko ni brand aper!

    Pak Tam says

    Keris panjang, kita akan terus menyedarkan mereka yang sudah mula lupa sejarah. Tahu tak mereka Pas adalah parti yang dicadangkan oleh penjajah

  15. Budak SUK Pahang Says:

    Pak Tam dengan opis aku sebelah bangunan jerrkk…aku tau rahsia puak-puak UMNO Pahang nii.. Pak Tam ni padanlah kena ampu MB Pahang…sbb dia dibayar elaun khas, gaji dll oleh MB tuu..semua MB buat dia kata betulll.. kiat x kata semua UMNO buat x betulll…dulu memang Felda tu diwujudkan oleh Tun Razak utk bantu orang Melayu x punya tanah..tapi sekarang dah terpseong..Felda jadi “Estet” zaman Najib…bukti, dia bukak Felda Plantations..kesihan kat org Melayu dok situ..sama standard jer dengan Bangla2 yg cop buah..sedih tauu.. UMNO ni rosakkan Agama dan Bangsa jerkk..bukan aku x tauuu puak-puak ini kuat minum arak ngan main betina….Tapi Adnan Yaakob aku respek larr..memang dia tak sentuh benda alah tuu..dia ni ok sikit… Pak Tam pun OK..tapi yg lain tuuu…mcm Dato’ Tan. Sharkar, Shahiruddin dan ramai lagii..bukan aku x tauu Pak Tam…aku pun dulu joint sekali…heheheh…tapi skrg dah insaff…aku da tau mana intan mana kaca…Duduk dalam UMNO nii, lama2 akidah dan akhlak rosak tauu…Sebab dia campur aduk…yang halal dan yang haram seiring….Pak Tam kalau ditegur dia x jawab betull2 sebab tuu nak komen pun kena tunggu duluu..sebab Pak Tam nak moderate duluu baru lepas kan komen tuuu..Bacul namanya tuu !!

    Pak Tam says

    Saya bagi tempoh kepada tuan seminggu mulai esok untuk membuktikan bahawa saya, Pak Tam sebagimana yang saudara maksudkan. Kalau saudara gagal menjelaskan dalam posting ini bahawa saya berjiran dengan opis tuan, maka bolehlah kita menganggap tuan adalah penyebar fitnah nombor satu di Pahang

  16. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum Budak SUK Pahang,

    Saya merupakan anak Peneroka Felda. Dan saya tahu banyak sumbangan dan jasa FELDA yang disalurkan kepada para peneroka. Dan saudara menyatakan bahawa Felda sudah jadi ESTET zaman Najib adalah salah dan berniat jahat. Dan menyamakan standard para peneroka dengan Bangla pun berniat jahat. Apa kaitan Felda Plantation dengan standard para peneroka?

    Sila terangkan dengan lebih lanjut apa hubungkait penubuhan Felda Plantation dgn standard peneroka yang saudara dakwa setaraf Bangla? Silakan…

    Pak Tam says

    Mana ada yang betul pada mata dan hati mereka walaupuan apa yang mereka nikmati sekarang sebahagian daripada hasil perjuangan Felda

  17. Koku Says:

    Ramai orang Melayu tak suka UMNO lalu mengundi DAP/PKR. Saya tak tahu tentang orang lain, tetapi saya tahu tentang diri saya, pada piliharaya lepas saya mengundi PKR, tetapi setelah beberapa bulan berlalu, saya menyesal sebenarnya. Tetapi kebencian kepada UMNO itu adalah benar dengan bongkaknya, dengan kes kewangan, dengan kroni dan lain-lain. Saya berani katakan, jika UMNO berubah, berjuang untuk sebenarnya orang Melayu dan saya pasti akan mengundi UMNO pada pilihanraya seterusnya.

  18. keris panjang Says:

    budak suk pahang..ko ni ada cukup fakta ke cakap pasal Felda Plantations (FPSB) ni..kalu tak der baik ko duduk diam2..aku sensitif kalu ko ckp bukan2 pasal dia sbb adik beradik aku ramai kat agensi ni..aku byk dpt maklumat dari perbualan2 aku dgn mereka2 ni..kalu ko tak tau, aku nk bg ko tahu..tok najib tak der kena mengena dgn FPSB ketika ia ditubuhkan..masa tu tak tau apa kementerian dia pegang..FPSB ni ditubuhkan ketika zaman ybhg tun mahadir..ketika tu FELDA dicabar supaya bergerak sendiri tanpa memerlukan dana dari kerajaan sungguh pun pd ketika tu mmg FELDA bergerak dgn sebahagian dana dari FELDA sendiri..

    Jd pilihan yg ada pd ketika itu ialah menjadikan rancangan2 FELDA yang telah dimajukan dan belum ditempatkan peneroka dan juga rancangan2 baru selepasnya dijadikan Ladang2 Felda..pd masa tu dikenali sebagai BUL..mudah ckp ler, FPSB ni tugasnya mencari dana melalui kegiatan2 pertanian dan sebagainya untuk membolehkan FELDA bergerak..alhamdulillah dgn pengurusannya yg cekap dan profesional, FPSB sentiasa beroleh keuntungan pd setiap tahun..semua keuntungan beratus juta ringgit ini diserahkan kpd FELDA bagi menampung emolumen kakitangan, kegiatan2 FELDA, kegiatan2 sosial peneroka termasuklah pelbagai bantuan, bonus,pembangunan kaw kampung dsb yg sebelum jd peneroka mereka tak pernah terfikirkan..

    tlg citer sikit budak suk pahang..kalu tak buat estet tu..apa cara FELDA nk teruskan khidmatnya kepada peneroka..ko ingat peneroka2 tu bole handle sendiri kebun2 dan sosial mereka tanpa bantuan teknikal dan nasihat dari kakitangan2 FELDA yg gigih tu?..tguk bila dh dpt hak milik jer lar..berapa byk kebun yg disandarkan kebank dan dipajakkan kpd pehak lain..maksud aku bukan semua lar..bukan sikit duit nk tanggung keperluan mereka tu..tiap2 tahun berapa juta bagi untuk bonus dan bantuan hari raya dan ntah haper haper lg..ko ckp senang lar..bukan payah pike..belasah jer..betul tidak, belakang kira..apa yg KEMBARA POLITIK ckp tu mmg betul baa…

  19. keris panjang Says:

    koku ckp tu aku setuju..mmg betul tu..tp aku tak ler undi mcm mana yg dia undi ! bak pepatah melayu kata, sebusuk2 daging, dikincah2 dimakan jua…tp tak bolehlah nk kincah2 selalu..kalu camtu gak jd cam koku lar nnt.

  20. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum saudara keris panjang dan para pembaca,

    [Saya masih menanti jawapan Budak SUK Pahang]

    Saya memang kecewa bila ada individu yang tak bertanggungjawab memfitnah FELDA yang telah banyak berjasa kepada rakyat (khasnya Melayu).

    Saya amat berterima kasih dengan kerajaan melalui FELDA kerana telah berjaya mengubah nasib keluarga saya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Terima kasih FELDA.

    Ibu bapa saya merupakan anak Pahang jati. Emak dan abah saya sering kali mengingatkan saya dengan betapa perlunya berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dikecapi sekarang.

    Sebelum menyertai FELDA pada tahun sekitar 1970an, saya tidak mempunyai walau seekar pun tanah. Emak dan abah mengambil upah menoreh getah dan hasil dibahagi dua. Bendang yang diusahakan pun merupakan tanah milik orang, dan hasilnya pun juga dibahagi dua.

    Emak menceritakan bahawa kehidupan Emak dan Abah cukup miskin. Emak kata, Abah merupakan seorang yang bijak, pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat maktab perguruan untuk menjagi guru. Pada waktu itu, jika sudah dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat itu memang sudah dikira sangat berjaya. Tapi itu semua senario zaman dulu-dulu. Disebabkan tidak mampu dan Abah merupakan anak sulung dan Datuk pula telah meninggal, Abah pendamkan saja tawaran tersebut.

    Disebabkan kesempitan hidup Emak dan Abah memohon menyertai Tanah Rancangan (FELDA). Allhamdulillah, dengan pertolongan Datuk Razak, Emak dan Abah berjaya diterima masuk ke salah sebuah tanah rancangan. Barang yang dibawa ke tanah rancangan sangat sedikit, sekadar apa yang ada.

    Kehidupan di tanah rancangan pada awalnya memang susah. Walau bagaimanapun tidaklah sesusah di kampung, cerita Emak pada saya. Walau pun ekonomi meleset, FELDA tetap jaga peneroka yang rata-ratanya Melayu. Masih ada makanan di kantin (D’Mart sekarang ini). Kata Emak, kalau berada di kampung dah tentu Emak dan Abah akan mengikat perut. Tiada apa yang nak dimakan.

    Abah seorang yang tegas. Abah sangat menitik-beratkan persekolahan anak-anaknya. Abah mahu semua anak-anaknya berjaya. Kami adik-beradik cukup faham dengan pendirian Abah. Boleh dikatakan setiap malam Abah akan menyuruh kami menyiapkan kerja sekolah. Hasilnya, saya dan adik-beradik yang lain amat cemerlang dalam pelajaran.

    Saya sentiasa mendapat nombor 1 dalam kelas. UPSR 1990 saya mendapat semua A, 4A. Ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban. Walau bagaimana pun Abah menyuruh saya menerima tawaran dari Asrama Semai Bakti. Mungkin Abah melihat FELDA telah banyak berjasa kepada keluarga kami, sebab itulah disuruhnya saya bersekolah di Asrama FELDA. (Asrama FELDA ialah sebuah asrama yang ditubuhkan oleh FELDA untuk memberi peluang kepada anak peneroka yang cemerlang daklam pelajaran besekolah di sekolah-sekolah yang terpilih). Arwah Abang Long pun turut sama bersekolah di Asrama FELDA.

    Dipendekkan cerita FELDA telah mengubah nasib kami sekeluarga. Tidak lagi miskin tidak bertanah. Tidak lagi berlapar tiada makanan untuk dimakan. Semua anak berjaya dengan kerjaya masing-masing. Adik saya yang bongsu berada di tahun 2 di salah sebuah universiti di Malaysia. Adik lelaki melanjutkan pelajaran ke perinkat Master. Alhamdulillah semua anak Emak dan Abah berjaya semuanya.

    Sudah masanya membalas jasa Emak Abah dan FELDA. Seluruh anak Emak dan Abah membalas jasa Emak dan Abah. Tidak sangka kehidupan susah dahulu kini berubah. Alhamdulillah, syukur.

    Felda pada hemat saya, telah menyediakan segala kemudahan dan peluang. Bergantung pada individu sama ada kita mahu berjaya atau tidak? Kerajaan melalui FELDA telah memberikan ‘pancing’. Bergantung pada ‘pengail’ sama ada rajin atau malas untuk turun ke sungai mencari ikan. Adakah kita tergolong dalam pengail yang rajin berusaha? Atau kita pengail yang malas? Dan lebih malang lagi menjadi pengail yang pemalas dan mengharapkan bantuan FELDA selama-lamanya. Dan lebih bangsat lagi menjadi penerima bantuan FELDA tetapi tetap menuding jari menyalahkan FELDA! Amat malang jika anda (peneroka atau anak generasi ke 2) yang berada dalam kelompok ini. Minta maaf, saya menegur kerana kasihkan semua warga FELDA yang telah saya anggap sebagai saudara sendiri.

    Bersyukur ke hadrat Allah, FELDA telah mengubah kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah. Syukur. Saya dengan rasa rendah diri, mengucapkan terima kasih kepada FELDA!

    Kepada Arwah Tun Razak, moga dicucuri rahmat oleh Allah. Buat Datuk Najib, teruskan usaha-usaha Arwah Datuk Razak. Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

    P/S: Jasa Arwah Tun Razak sentiasa di hati warga FELDA!

    -Dr Kembara Politik-
    http://kembarapolitik.blogspot.com/

  21. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum,

    Buat Datuk Najib dan kerajaan (melalui FELDA),

    Harapan saya, bantulah warga FELDA yang masih memerlukan, tak apalah jika mereka tidak mengenang budi, kita anggap bantuan yang diberikan adalah tanggungjawab sebagai pemerintah. Semoga dengan bantuan yang diberikan akan membuka jalan warga FELDA dan generasi ke dua untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Dan melahirkan lebih ramai individu yang dapat menyumbang kepada pembayaran zakat.

    Kepada warga FELDA dan seluruh genarasi ke 2,

    Gunakan segala peluang yang ada untuk mengubah nasib anak bangsa. Sama ada melalui pendidikan mahu pun peluang2 ekonomi yang dijana oleh FELDA. Itu saja jalan yang ada untuk ubah untung nasib keluarga. Dan belajarlah menjadi individu yang tahu bersyukur dan mengenang jasa.

  22. keris panjang Says:

    waalaikum salam warohmatulllah sdr Kembara Politik,

    sejuk hati saya membaca tulisan sdr..dan tahniah diatas kejayaan sdr adik beradik sebagai generasi yg mampu merubah kehidupan sdr sekeluarga..

  23. Three Young Says:

    saa

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...