Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Bila Datuk Fauzi bersetuju dengan MB

Pagi ini bila Pak Tam terbaca Sinar Harian Pahang (www.sinarharian.com.my/pahang) ada rasa macam tidak percaya. Pak Tam membacanya berkali-kali untuk memastikan tidak berlaku kesilapan pada bacaan Pak Tam atau bimbang berlaku salah lapor oleh wartawan Sinar Harian Pahang.

Apa yang menarik perhatian Pak Tam adalah kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menganggap interprestasi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tepat mengikut konsep Ketuanan Melayu.

Kata Datuk Fauzi lagi, kenyataan Adnan itu tepat kerana pemimpin dari Umno atau parti lain yang dilantik sebagai Menteri Besar adalah ketua kerajaan di negeri terbabit manakala Yang Dipertuan Agong atau Sultan adala ketua di negeri atau negara ini.

Tambah Datuk Fauzi lagi, tepat sekali jika dikatakan bahawa ketuanan merujuk kepada raja Melayu dan dalam konteks berkenaan tidak ada individu yang boleh mempertikaikan kedudukan Raja-raja Melayu.

Pakatan Rakyat (PR), katanya setuju dengan perkara yang terkandung dalam perlembagaan termasuk hak istimewa orang Melayu dan kedudukan orang Islam dan Raja-raja Melayu.

Kata Datuk Fauzi seterusnya, beliau menyelar beberapa ahli Umno yang menguar-uarkan mengenai ketuanan Melayu dan ada di antara mereka yang menuduh Pakatan Rakyat mah menghapuskan ketanan Melayu sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

Malah Datuk Fauzi mencabar pemimpin parti komponen Barisan Nasional menjelaskan maiksud ketuanan Melayu dan memberitahu pendirian masing-masing mengenai perkara tersebut.

Bagi Pak Tam, Datuk Fauzi adalah seorang contoh pemimpin pembangkang yang berani dan suka bercakap benar. Beliau bercakap benar meskipun pahit bagi pasukannya serta sukar diterima oleh rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bila Datuk Fauzi mencabar pemimpin komponen dalam Barisan Nasional menyatakan pendirian masing-masing tentang konsep ketuanan Melayu, rasanya Pak Tam yang kerdil ini juga mahu mengusulkan agar pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam PR juga menyatakan pendirian masing-masing tentang konsep ketuanan Melayu. Terutama sekali Penasihat Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Di samping itu apa salahnya jika pemimpin PAS juga turut menyatakan pendirian masing-masing tentang konsep ketuanan Melayu agar semua pihak kawan dan lawan jelas pendirian dan pegangan masing-masing. Tidak perlulah berlaku bila PR berdepan dengan ahli dan pengikut kaum lain mereka berdolak dalik lantas memperjuangkan Ketuanan Rakyat tetapi bila berdepan dengan ahli-ahli Melayu mereka bijak bermain kata-kata dengan mempertahankan Ketuanan Melayu.

Namun, Pak Tam kenal sangat dengan Datuk Fauzi ini. Beliau bukan jenis macam Anwar Ibrahim atau Wan Azizah. Datuk Fauzi seorang pemimpin yang tegas dan suka bercakap benar.

Oleh itu, Pak Tam ingin merakamkan tahniah kepada Datuk Fauzi kerana berani menjelaskan tentang konsep Ketuanan Melayu. Cumanya, Pak Tam risau selepas ini nasib Datuk Fauzi dalam Pakatan Rakyat akan jadi seperti nasib Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin.


One Response to “Bila Datuk Fauzi bersetuju dengan MB”

  1. Shafik bh Says:

    Ketuanan Melayu? Apa Pakatan Rakyat boleh buat demi survival bangsa Melayu? Pulau Pinang apa jadi? Maka PKR dan PAS.Baca blog ini: http://braveheart-blogger.blogspot.com

    Pak Tam says

    Pakatan Rakyat ni satu hari nanti jadi macam mana Parti Gerakan mula ditubuh. Tak percaya bacalah sejarah Gerakan dan apa jadi pada gerakan hari ini

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...