Hiduplah PAS dalam kebencian
Salam untuk semua. Salam juga untuk ahli-ahli Pas yang terpaksa singgah disini untuk melihat apa yang ditulis dan dijelaskan oleh Pak Tam. Pahangdaily.com terpanggil untuk menjelas tuduhan terbaru pahangdaily.blogspot yang mendakwa ketandusan ide, Pendekar Cyber Trooper Umno mula mencarut dalam komentar.
Nampaknya juak-juak Pas dan PKR dalam pahangdaily.blogspot sudah mula terdesak dan terhimpit dengan penjelasan dan ‘serangan balas’ rakan-rakan Pak Tam terhadap segala fitnah dan pembohongan mereka selama ini. Jika tidak masakan terpaksa berbohong sekali lagi untuk mengatakan mereka manusia yang sempurna dan terbaik.
Selama ini Pak Tam malas hendak melayan kerenah komentar dan pengulas juak-juak Pas dan PKR yang singgah dalam laman Pak Tam ini. Ternyata mereka lebih celupar dan biadab dalam menghadapi isu serta artikel yang Pak Tam tulis. Cuma bukan dasar Pak Tam dan rakan-rakan untuk ‘mengaibkan’ komentar mereka.
Nama-nama seperti, anti Pak tam bangang, Shafik bh, Jengka, baTT, puyuh, Wan Anan dan Budak Matau, sekadar menyebut beberapa nama sahaja yang singgah dan meninggalkan pesan diblog Pak Tam, mana ada bahasa yang baik ditutur mereka. Untuk artikel ini Pak Tam tidak bercadang untuk memapar komen-komen mereka yang penuh dengan kebencian dan beralaskan maki hamun terhadap Pak Tam dan pemimpin Umno.
Tidak mustahil jika perlu Pak Tam akan dedahkan setiap komen mereka untuk dinilai oleh rakyat dan pembaca laman ini. Namun setakat ini Pak Tam ‘lepaskan’ semua komen mereka dan tidak pernah satupun Pak Tam sekat meskipun apa yang ditulis hanya penghinaan dan maki hamun juak-juak Pas dan PKR ini.
Inilah manusia-manusia hasil asuhan Pas. Inilah pejuang-pejuang Pas yang dididik dan dibanggakan oleh Pas. Di lidah mereka hanya maki hamun, di hati mereka hanya kebencian dan di hujung jari mereka hanya fitnah dan pembohongan.
Mereka tidak berani bercakap benar meskipun mereka tahu kebenarannya kerana takut di ‘marahi’ oleh pemimpin mereka kerana memuji kebaikan yang dilakukan oleh Umno. Jiwa mereka tebal dengan rasa benci dan pemusuhan yang dibaja dan disiram oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Hiduplah Pas dengan kebencian kerana kebencian itu akhirnya akan membunuh bangsa dan negara ini.

December 4th, 2008 at 10:40 am
Sian pulok koi tengok tulisan Pak Tam hok ini….aduh weh gone pulok yek….sian Pak Tam…karam di laut doleh di timba, karam di hati bilakan sudoh yaaa….. kalu gitu moh kita berpantun jela weh….awok dengar ya koi jual dulu ya…Pak Tam dengar pantun saya:
yang lorek itu kendi
yang merah itu saga
yang elok itu budi
yang indah itu bahasa
December 4, 2008 at 11:58 am
Saga siapa yang merah dan budi siapa yang indah. Tidak ada satu komenpun dari puak-puak tuan yang mampu melihat sesuatu dengan kebaikan yang ada hanya maki hamun dan kebencian.
December 4th, 2008 at 3:18 pm
jangan sedih pak tammm…sia-sia jer jadi org tua…