Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Kanak-kanak diperguna untuk kepentingan pihak tertentu

KUANTAN – Pusat pendidikan tidak sepatutnya digunakan individu atau syarikat tertentu bagi mengaut keuntungan dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral kerana ia adalah perbuatan memalukan.

Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata, kegiatan yang menggunakan kanak-kanak bawah umur tidak wajar dan mereka hanya umpan bagi melariskan barangan yang dikeluarkan.

Katanya, perniagaan seperti itu hanya memberi gambaran negatif kepada masyarakat Islam dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

Beliau mengakui pernah beberapa kali didatangi penjual ketika berada di stesen minyak dan mengakui pelajar sekolah Maahad dari negeri tertentu untuk menawarkan beberapa barang dengan harga RM10.

PAK TAM: Betul tu Datuk. Apa yang Datuk katakan memang berlaku. Adakalanya Islam digunakan untuk kepentingan tertentu. Malah pihak yang terlibat mengambil kesempatan terhadap sikap orang Melayu kita yang susah untuk menolak sesuatu yang berkaitan dengan agama.

Sikap pemurah ini hinggakan kita malu untuk bertanya lanjut sebaliknya dengan mudah memberi derma dan bantuan. Memanglah menderma dan bersedekah itu dituntut oleh Islam tetapi jangan sampai sikap pemurah kita ini diperguna oleh pihak yang berkepentingan.

Cuma satu saranan Pak Tam kepada Datuk, minta risik-risik, kalau-kalau ada parti politik macam Pas yang terlibat dalam usaha ini.

Apapun Pak Tam ‘tabit hormat’ kepada Datuk kerana tidak ada mana-mana pihak termasuk sekolah agama di Pahang yang dibenarkan untuk mendapatkan dana secara begini. Tetapi Datuk jangan terlepas pandang juga kalau-kalau ada pihak yang didokong dan disokong oleh Pas mengambil kesempatan sebegini.


3 Responses to “Kanak-kanak diperguna untuk kepentingan pihak tertentu”

  1. mazley md isa Says:

    pak tam, saya sedang mencari saudara saya yang bernama RIZAL FARID, yang hampir 3 tahun berpisah…kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tahun 2003/04…dia menetap di kg kuala lipis, pahang…Dahulu dia pernah belajar di jerman dan pernah membuka bengkel kereta…jika pak tam ada berita mengenainya,sila hubungi saya di no 017-4537344…

    Pak Tam says

    Ini dah kira susah saya nak jawab ni.Cam na saya nak cari kat ruang ne

  2. Jengka Says:

    ai gone pulok cari sedare kat sini ni…ai Pak Tam Kenei ke…..wok… nanti koi jumpe die koi tel awk yek…

    Pak Tam says

    Tolong la sesiapa yang boleh tolong sedara kita ne

  3. abu Says:

    Korang UMNO syok sendiri ajelah kat sini.
    takut dengan komen yang bernas dan benar korang sekat macam-macam kat sini
    rasa aku dah 9 tahun berturut-turut ekonomi Pahang defisit.
    boleh sanggup perabih duit untuk umno totok buat blog bela kesalahan yang UMNO lakukan di Pahang

    Pak Tam says

    Saudara Abu
    Di sini kita tak sekat sesiapa yang hendak memberi komen. Kalau mahu disekat masakan komen tuan saya siarkan. Malah ada komen yang mengatakan Pak Tam bodoh, pun Pak Tam siarkan kerana bagi Pak Tam sesiapa yang mengatakan orang lain itu boleh sebenarnya lebih bodoh dari orang yang dikata

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...