Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Kenapa nak tunjuk baik bila dah kalah

Hari ini Pak Tam terpanggil untuk mencatit disini bila terbaca blog bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo serta mengikuti juga tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan terbaca dalam akhbar arus perdana kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau bersedia untuk bertanding Presiden Umno bagi ‘merawat’ Umno.

Letih minda Pak Tam memikir dan cuba untuk membuat sedikit analisa kepada tulisan tiga tokoh ini.

Dr. Khir baru-baru ini mencatit bahawa beliau begitu sedih bila melihat keadaan di Sabah. Ini dilihatnya dalam rangka lawatan ke Sabah baru-baru ini. Bunyi macam bagus aje…. Tetapi timbul di benak Pak Tam, buat apa Khir Toyo pergi Sabah. Bercuti ? atau Melobi? Namun yang jelas Khir Toyo ke Sabah dalam rangka lawatan beliau untuk meninjau sokongan bagi membolehkannya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan akan datang.

Kalau ye pun nak bertanding dan ada banyak masa hendak melawat rakan-rakan dalam Umno, tidak menjadi masalah. Tetapi jangan datang dan bercakap seolah-olah mewakili suara pembangkang. Itu tak kena, ini tak kena. Membayangkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional selama ini tak buat apa-apa di Sabah.

Kenapa masa jadi Menteri Besar Selangor dulu dan duduk dalam Majlis Tertinggi malah kerap sebelum itu turuh di Sabah, tak cakap macam tu pun. Ini semua perangai bekas pemimpin yang tidak sedar diri.

Perangai Khir Toyo sekarang ini sejak tidak jadi Menteri Besar Selangor lagi seolah-olah apa yang berlaku pada Barisan Nasional sehinggakan Selangor jatuh ke tangan pembangkang, bukan salah dia. Malah seolah-olah dia langsung tidak bersalah dengan kekalahan BN di Selangor. Menuding jari pada orang lain dan bercakap menyalahkan pucuk pimpinan sedia ada.

Kalau ya pun nak bertanding Ketua Pemuda janganlah buat perangai macam tu. Datuk Seri masih lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, masih lagi wakil rakyat Barisan Nasional.

Pak Tam sedih tengok gelagat beberapa pemimpin Umno samada yang tidak terpilih bertanding atau yang kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini ataupun yang menang tetapi tidak dilantik semula dalam Kabinet.

Berubah sekali nada dan suara mereka. Semuanya salah pucuk pimpinan. Seolah-olah mereka langsung tidak bersalah dengan apa yang terjadi pada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lalu.


3 Responses to “Kenapa nak tunjuk baik bila dah kalah”

  1. aziezoul Says:

    Tau takpa……..sendiri mau ingat. Sebenarnya semua salah tak payah nak tuding jari sana-sini….buang masa ja

  2. Yusof Laidin Says:

    Salam Pak Tam;
    Saya harap usaha Pak Tam akan berjaya demi UMNO yang wibawa.

  3. Malik bin Harun Says:

    Pak Tam;
    Betulkah Tok Nan nak bertanding Ketua Pemuda? Bolehkah? Dahlah garang tak bertempat…

Leave a Reply