Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Kerja orang lain bertanding…

Salam sekali lagi pembaca semua

Untuk coretan kali ini Pak Tam petik kata-kata Menteri Besar Pahang yang dibuatnya baru-baru ini.

“Kerja orang lain bertanding…. nak jadi Ketua Pemuda ke ahli MT terpulang kepada mereka tetapi kerja saya adalah mempertahankan keutuhan parti. Tiada makna jika kita menang jawatan dalam Umno jika parti kelam kabut, huru-hara atau undi tak percaya sana sini”

Sekali lagi Pak Tam ‘tabit’ diatas sifat berterus terang dan berani yang dipaparkan oleh Tok Nan. Kenyataan ini jelas sekali memperlihatkan sifat seorang pemimpin yang kerjanya untuk memperkuatkan parti daripada kerja mencari jawatan dalam parti.

Cuma Pak Tam harap sangat kenyataan ini adalah ‘rasmi’ dan tidak ada apa-apa disebaliknya. Apa kah melalui kenyataan  ini bermakna Tok Nan tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam Umno menjelang pemilihan akan datang.

Atau Tok Nan sekadar hendak menguji sokongan dari pengikut dan akar umbi parti terutama dari Pahang sendiri. Kenyataan ini ada baik ada buruknya. Baik, kerana ianya memperlihatkan sifat terpuji seorang pemimpin, Menteri Besar dan bekas calon Naib Presiden yang tewas dalam pemilihan lalu.

Kalau benar Tok Nan hanya ingin bekerja untuk menguatkan parti terutama di Pahang, ini bermakna Tok Nan tidak akan bertanding apa-apa jawatan termasuk Ahli Majlis Tertinggi.

Baik juga kenyataan ini kerana dalam keadaan Umno yang kelam kabut, Tok Nan tidak mahu menambah lagi kusut yang ada. Ini kerana sebarang pertandingan sudah pasti akan mewujudkan puak dalam parti. Sudah tentu bahagian di Pahang akan mencalonkan Tok Nan untuk apa sahaja jawatan yang akan dipertandingkannya. Pasti tidak akan ada bahagian yang berani tidak mencalonkan beliau.

Kalau Tok Nan tidak bertanding apa-apa jawatan maka bebas lah mana-mana bahagian di Pahang untuk mencalon calon-calon luar yang hendak bertanding.

Namun, Pak Tam sedikit risau dengan kenyataan Tok Nan ini. Bukan kali pertama menteri besar ini bermain dengan kata-kata. Dulu antara sebab beliau kalah dalam perebutan Naib Presiden berpunca dari lewat membuat pengumuman. Sedangkan beliau berpotensi untuk menang jika bermula dari awal.

Apa yang Pak Tam risau jika ‘last minute’ Tok Nan mengambil keputusan untuk bertanding sebarang jawatan, kenyataan beliau diatas akan dijadikan alasan oleh perwakilan untuk tidak memihak kepada beliau.

Kalau mahu dianalisa kenyataan diatas tu, ‘pedih’ bunyinya. Takut-takut nanti kalau Tok Nan mengumum hendak bertanding itulah ‘paku buah keras’ yang dipulangkan perwakilan kepada beliau.

Apapun, sekali lagi Pak Tam ‘tabit’ diatas kenyataan berani Tok Nan. Harap-harap itulah hakikat dan bukannya untuk menguji kesetiaan sesiapa.


2 Responses to “Kerja orang lain bertanding…”

  1. motorcabok Says:

    pakat mai tengok blog baru… http://motorcabok.blogspot.com
    ulasan politik secara satira…

    Pak Tam says

    Dah tengok. Cantik. Tapi rajin-rajin la menulis kat sini sama

  2. fidel casto Says:

    a’kum pak tam.
    apa yang pak tam nyatakan mungkin betul. tapi boleh ke pak tam huraikan lebih lanjut berkenaan dato’ adnan kecurian/kehilangan wang yang katanya dirompak oleh keluarga sendiri. katanya juta juta tu. dan apa yang yang dah datuk adnan lakukan untuk memajukan industri / menarik pelabur untuk negeri pahang hingga hari ini? dulu setahu saya syarikat Naza ada memohon tanah untuk membuka kilang memasang kereta tapi datuk adnan bagi lokasi bentong sedangkan pelabuhan dekat gebeng ada logik tak? harap pak tam lebih jujur dan saya paham pak tam lebih pada BN. lihat apa nak adi kat Giant di terengganu dalam masa terdekat. di pahamkan pihak GIANT akan menutup perniagaan mereka di terengganu. siapa yg memerintah terengganu kalau bukan BN. dan harap maaf saya baru dlm bidang ini.

    Pak Tam says

    Semua yang saudara maksudnya itu berdasarkan persepsi dan andaian. Selagi dihati saudara terlekat rasa benci apa sahaja yang benarpun saudara tidak akan dapat melihatnya.

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...