Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Ku Li tidak membantu kekuatan parti

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa akan ada satu parti komponen Barisan Nasional keluar dari gabungan BN amat mendukacitakan. Kalau benar sekalipun, Ku Li harus bijak bertindak sebagai pemimpin yang sayangkan parti dan bukannya seolah-olah orang yang seronok melihat situasi begitu.

Bagi Pak Tam, Ku Li lakukan ini semua semata-mata untuk mencari populariti untuk dirinya dalam usaha untuk merebut jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Inikah seorang pemimpin yang kita cari atau perlu untuk kekuatan Umno. Semakin jelas sejak BN terutama Umno menempuh pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini, sudah ada pemimpin Umno yang mahu menjadi juara. Juara yang kononnya apa yang berlaku pada BN seratus peratus disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mereka yang lain, samada Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi atau pemimpin diperingkat bahagian tidak terlibat dalam prestasi BN. Semuanya salah Pak Lah dan Pak Lah lah yang sepatutnya dipertanggungjawab sepenuhnya.Ku Li dalam rangka mencari semula pengarohnya terpaksa dan saunggup untuk bercakap apa sahaja, asalkan tindakannya itu boleh membantu melonjak semula popularitinya.

Tidak ada bezanya suara Ku Li sejak kebelakangan ini dengan suara Tun Mahathir yang sudah berada di luar Umno. Kenapa tidak Ku Li sama-sama berusaha membantu menguatkan Umno dari dalam dan bukannya bersikap seperti musuh dalaman.

Apakah Ku Li merasakan dirinya sudah cukup sempurna dan mampu membina semula kekuatan Umno jika terpilih untuk menerajui Umno. Ini semua tindakan yang tidak bijak dan merugikan Umno.

Pak Tam rasa sedih dengan tindakan Ku Li yang suka sangat mencari populariti murah seperti dakwaan tersebut. Apatah lagi Ku Li bercakap tentang perkara tersebut di negeri Pak Tam sendiri di Mentakab.

Harap-harap pemimpin macam Ku Li lebih berhati-hati dan tidak menjadi suara Anwar Ibrahim dalam Umno.


Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...