Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Kuala Terengganu: PAS, PKR mula mencatur peluang

Kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu akibat kematian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Dato Razali Ismail Jumat lepas mula menarik perhatian ‘orang politik’.

Sementara ahli keluarga dan sahabat handai masih bersedih dengan kehilangan orang tersayang, orang politik mula mencatur peluang untuk bergelar Yang Berhormat baru. Betapa kejamnya ‘politik’, kalau isteri kematian suami dalam tempoh 40 hari dianggap berkabung tetapi tuntutan undang-undang kerusi tersebut mesti diisi dan ini bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan.

Apapun Pak Tam rakamkan takziah kepada keluarga Datuk Razali dan doa semoga rohnya berada disisi orang-orang yang di kasihi Allah SWT.

Bercakap tentang kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum lalu melalui Dato Razali yang berjaya menewaskan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu dan seorang calon bebas Maimon Yusof, menarik untuk Pak Tam perkatakan disini.

BN melalui calon Umno tetap ada peluang untuk mempertahankan kerusi tersebut, cumanya bagi pembangkang yang didominasi oleh Pakatan Rakyat masih keliru siapa sepatutnya bertanding di Kuala Terengganu.

Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di pihak pembangkang kerusi tersebut memang milik Pas dari dulu lagi. Tetapi Pas sudah mula goyang kerana PKR sudah berani meminta.

PKR ada asas untuk meminta kerusi Kuala Terengganu kerana merasakan ‘mood’ gelombang Permatang Pauh masih ada untuk mereka merampas satu lagi kerusi BN. Manakala Pas pula tetap mahukan kerusi tersebut cumanya mungkin bukan Mohamad Sabu sebagai calonnya.

Pas perlu sedar bahawa Mohamad Sabu juga bukanlah ‘calon bersih’ untuk dipertaruhkan sekali lagi di Kuala Terengganu sedangkan PKR mempunyai barisan calon berkelayakan dan professional untuk diperdagangkan di Kuala Terengganu.

Pak Tam rasa kalau Pas bertanding mudah sikit bagi BN untuk mempertahankan kerusi tersebut tetapi jika PKR yang masuk gelanggang ada ‘sikit susah’ untuk Umno.

Namun Pak Tam yakin dan percaya Pas tidak akan beralah dengan rakan pakatannya kerana bagi Pas Kuala Terengganu adalah ‘padang’ dan ‘gelanggang’ Pas bukannya PKR.


5 Responses to “Kuala Terengganu: PAS, PKR mula mencatur peluang”

  1. Jengka Says:

    ……….Pak Tam rasa kalau Pas bertanding mudah sikit bagi BN untuk mempertahankan kerusi tersebut tetapi jika PKR yang masuk gelanggang ada ‘sikit susah’ untuk Umno…….ini ayat memang jelas untuk memperlagakan PKR dan PAS…….apa la pak tam…..tak bijak betul berbahasa…gunakanlah ayat sinis sikit….baru la orang tak nampak sangat Pak Tam ni kurang belajar bahasa sinis……Ok fakta sebenar: Allahyarham razali hanya menag dengan majoriti 628 undi manakala, nenek yang tidak kurang hebatnya itu memperoleh 685 undi….so jika PAS menurunkan Mat Sabu sekali lagi, dengan andaian tiada Kambing Itam suruhan Gerombolan….Insyaallah Pas akan menag…..Takbir Allahuakbar….kekeekeke wat kajian dulu la Pak Tam…..mana ada PKR mintak nak bertanding….Hish Pak Tam ni….carila fakta dulu baru sembang….nampak sangat….kurang…..

    Pak Tam says

    PKR melihat dia orang lebih berpeluang untuk menang di Kuala Terengganu kerana yakin dan percaya dengan gelombang Permatang Pauh. Apapun Pas buat silap besar kalau turunkan Mat Sabu sekali lagi kerana Mat Sabu bukanlah calon ‘bersih’ dari Pas

  2. abu Says:

    Korang UMNO syok sendiri ajelah kat sini.
    takut dengan komen yang bernas dan benar korang sekat macam-macam kat sini
    rasa aku dah 9 tahun berturut-turut ekonomi Pahang defisit.
    boleh sanggup perabih duit untuk umno totok buat blog bela kesalahan yang UMNO lakukan di Pahang

    Pak Tam says

    Komen bernas yang benar ke atau komen bernas yang tidak benar.

  3. baTT Says:

    alahai paktam.. nak menulis pun buat ler reseach sket.. bila masa pkr cakap nak betanding kat kola ganu ni.. atau paktam tahu.. tapi saje nak laga2kan orang.. tak baik tau paktam..

    sama je la ahli2 umno dah tahu penuh pemimpin begelumang ngan rasuah.. calon lagi jangan tak calon..

    Pak Tam says

    Nak kata tak buat reseach langsung tu tidak le tetapi yang memberi komen ni dah buat ‘homework’ belum. Minta rujuk kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Terengganu Razali Alias ketika membahaskan usul pendidikan di Kongres Nasional Tahunan PKR di Shah Alam. Kalau tak berkesempatan berada pada kongres tersebut Pak Tam cadangkan baca Sinar Harian Pahang Isnin 1 Disember 09 muka surat N10

  4. Jengka Says:

    Pak Tam bercakap tentang calon “Bersih”….Pasal apa Pak Tam tak bercakap pasal isu…Politik Wang….ade beran ke….Pak Tam…Pak Tam

    Pak Tam says

    Boleh atau tidak Tuan menjelaskan bahawa Mohd Sabu itu ‘bersih’ sebagaimana ‘bersih’ yang kita semua faham. Jangan ‘bersih’ yang PAs dan PKR faham aje…

  5. Jengka Says:

    Pak Tam mewujudkan Blog ini bertujuan untuk menegakkan “kebenaran” (basah kot)…so apa salahnya Tuan sendiri lah yang menjana ide mengolah “Bersih” yang Pak Tam mahukan daripada seorang pemimpin….Saya rasa kalu Tuan yang describe pemimpin yang “Bersih” ini lagi lah banyak sambutan…kerana PakTam akan terpaksa berusaha menegakkan “Kebenaran” (basah lagi) dari pengunjung macam saya….. saya sebagai pengunjung hanya mampu meng’reply’ apa yang tuan usulkan dan bincangkan….tuan sebagai moderator yang berhemah janakanlah idea…barulah blog yang tuan bina setahun jagung ini mendapat sambutan….barulah kite kenal siapa Pak Tam yang tahu seba serbi…. Takkan Pak Tam dah mengelabah atau takut (Pulang Paku Buah Keras) dengan pengunjung seperti saya ini yang banyak kelemahan dan kurang pengetahuan…so saya tidak mahu jadi besar sendar dari gelegar….dan sangat berharap Blog ini jangan ke langit tak sampai ke bumi tak jejak…berfikir sejenak lebih baik dari terus membuat keputusan….

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...