Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Macam dah tak ada orang lain…

Pengumuman perlantikan Datuk Maznah Mazlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan juga Ketua Wanita Umno Pahang, agak mengejutkan. Terkejut bukanya pasai apa, seolah-olah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, dah tak ada calon lain yang sesuai untuk mengisi kekosongan Timbalan Menteri.

Walaupun Pak Tam rasa macam terkejut tetapi mahu juga mencari sebab dan musabab kenapa Pak Lah memilik Maznah untuk mengisi kekosongan tempat yang di TOLAK oleh Tengku Azlan, Ahli Parlimen Lipis dalam pembentukan kabinet sebelum ini.

Kita cari dulu sebab yang logik sebelum kita menyalahkan pilihan Pak Lah. Pak Tam rasa, Maznah dilantik untuk mengisi quota wanita sekaligus quota Pahang. Disini Maznah ada kelebihan kerana memenuhi dua quota sedia ada.

Mungkin kalau di pilih calon wanita dari Johor Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique akan berlaku juga kejanggalan. Ini kerana sudah terlalu ramai calon menteri dan timbalan menteri dari Johor. Orang akan kata juga yang Pak Lah asyik ambil orang Johor aje. Kalau situasi ini diambil kira, nampaknya Pak Tam kena bersetuju dengan Pak Lah.

Namun, apa keadaan sekalipun perlantikan Maznah Mazlan agaknya lebih didorong oleh faktor ‘orang Rafidah’. Tetapi keadaan ini lebih menyusahkan orang Pahang. Apa tidaknya Maznah kena letak jawatan Exco, MB kena cari calon lain pulak. Apakah quota Maznah di negeri masih terikat dengan quota wanita. Dia juga ADUN, kena lantik senator pulak untuk membolehkan dilantik timbalan menteri.

Nanti, terdayakah Maznah nak jaga semua jawatannya itu untuk diseimbangkan dengan tugas. Tugas ADUN mungkin tidak banyak bezanya dengan senator, kerana senator tak ada kawasan. Sebagai timbalan menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, itu mungkin beliau mampu laksanakan.

Apapun Pak Tam masih merasakan seolah-olah Pak Lah macam dah tak ada orang lain lagi dah nak dilantik sebagai Timbalan Menteri yang kosong. Dua calon lagi dari Sabah tu, tidak ada masalah kerana tidak berlaku kecelaruan tugas dan jawatan.

Apapun, selamat menjalankan tugas yang berganda-ganda untuk Datuk Maznah. Semoga dia mampu memikul amanah rakyat sekaligus memastikan Pahang terus kekal di tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.


2 Responses to “Macam dah tak ada orang lain…”

  1. Eaddy Rahimi Says:

    Assalamualaikum wbt..bg kawan bagus jgk adun muadzam shah ke parlimen..ada jugak wakil dari negeri kawan ne..

  2. NAHA Says:

    PAK TAM JANGAN NAK SAMA P. RAMLEE DENGAN MAHATHIR.P.RAMLEE ARTIS BUKAN REALITI.MAHATHIR TU AHLI POLITIK .REALITI. MULA-MULA SURUH MAHATHIR JAWAB TENTANG KES MEMALI DI BALING.YANG JADI PM MASA TU DIA. JANGAN DOK SABIT DGN ARWAH MEGAT JUNID.MASA TU DIA BOSS LA.MELAYU TELAH BUNUH MELAYU.BUKAN CINA DAN INDIA. LEPAS TU PAK TAM TOLONG TUNJUK KEPADA SAYA SALEPAS 50 TAHUN MERDEKA SIAPA DARI UMNO YANG BOLEH KITA RUJUK SEBAGAI ULAMAK.JAWAB PAK TAM JAWAB JANGAN TAK JAWAB

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...