Maklumlah baru kali pertama masuk Parlimen…
Salam diangin lalu Pak Tam hulurkan. Dengan doa dan harapan apa sahaja yang anda sedang lakukan ianya tetap bersandar kepada yang benar dan hak.
Hari ini Pak Tam bangga bercampur duka bilamana Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kebinet bersetuju untuk meneruskan siaran langsung persidangan Parlimen yang disiarkan melalui RTM
Bangga kerana kerajaan pimpinan Pak Lah ‘berani’ berdepan dengan pembangkang di Parlimen dan membawa siaran langsung untuk rakyat mendengar dan menilai wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini ‘bersidang’ di Parlimen.Tapi duka Pak Tam kerana gelagat sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang yang cuba menjadi hero rakyat. Menetang-mentanglah mereka semua tahu ada siaran langsung, mulalah nak tunjuk belang, nak tunjuk hebat ketika bersidang. Dan ‘kehebatan’ yang tidak hebat pembangkang itu dibawa secara langsung untuk rakyat.
Kita masih percaya bahawa rakyat Malaysia sudah matang dan bijaksana untuk menilai mana yang baik dan buruk. Sebenarnya masih ramai lagi di luar sana, di Bera, di Merapoh, di Lipis malah di Tanjong Lumpur yang belum betul-betul matang lagi untuk menilai antara ‘retorik’ dan tugas seorang wakil rakyat.
Mungkin wakil dari Krau tidak boleh berlagak hebat macam wakil Puchong tetapi wakil Kraut u dah masuk dua penggal menjadi Ahli Parlimen dan berkhidmat dengan baik samada di Parlimen mahupun di kawasan.
Jadi mungkin rakyat Malaysia yang belum cukup matang berhadapan dengan sebahagian ‘hipokrit’ pembangkang lebih ‘suka’ wakil yang banyak bercakap dari yang banyak bekerja.
PAK TAM : Rimas masuk parlimen kali ini. Tapi bangga melihat wakil Barisan Nasional terutama dari Pahang yang tetap ‘cool’ dan berhemah bila berada di Parlimen.

May 9th, 2008 at 3:27 pm
‘cool’ dan berhemah tapi ligat kaut harta bertimbun2 serta projek di kawasan sendiri