Pahang pilihan utama pelabur asing
KUANTAN: Pahang menjadi pilihan utama pelabur asing berikutan wujudnya pelbagai peluang pelaburan yang selamat selain kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri.
Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation Limited, Nicholas Curtis, berkata empat elemen iaitu tenaga kerja, infrastruktur asas, bahan mentah dan kerjasama kerajaan menjadi tunjang utama pelabur asing yang yakin untuk melaksanakan misi perdagangan mereka di negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri perlu memberi sokongan dan latihan insentif bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir di bidang perindustrian berkaitan selain bersedia memberi latihan sehingga ke peringkat tertinggi dari masa ke semasa.
Katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan kemudahan prasarana asas bekalan air, elektrik dan sistem pengangkutan yang masih berada di tahap sederhana.
“Bekalan air adalah penting kerana ia menjadi nadi utama di bidang perindustrian dan kerajaan perlu mencari penyelesaian terbaik menangani masalah ini supaya ia tidak menjejaskan produktiviti syarikat pelabur.
“Saya yakin kerajaan negeri mampu memberi perkhidmatan yang terbaik demi menjamin kestabilan ekonomi negeri seterusnya menerima kemasukan pelaburan yang lebih aktif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Mesra Pelabur di Dewan Jubli Perak, di sini, baru-baru ini.

December 3rd, 2008 at 10:15 am
Apa la org UHNO (umno la!!) ni asyik nak laga org melayu je..tak dak keje lain ka?
December 5th, 2008 at 12:34 pm
lawati la blog pemuda-insaf.blogspot.com