Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Pahang terus sokong Pak Lah…

Salam untuk semua pembaca terutama kawan-kawan yang mengenali Pak Tam

Ada sesuatu yang menyentuh hati Pak Tam tentang kenyataan Menteri Besar Pahang baru-baru ini. Kata Tok Nan, Pahang akan terus memberi sokongan kepada Pak Lah dan Dato Najib untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Kata Tok Nan sokongan kepada Pak Lah dan Najib adalah untuk mengukuhkan parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Pak Tam petik sikit kata-kata Tok Nan, “Saya akan memastikan rakyat tidak ‘lari’ daripada menyokong kita. Umno Pahang akan memastikan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Umno sekarang terus mendapat sokongan dalam pemilihan parti akan datang,”

Bagi Pak Tam, tidak benarlah soksek-soksek yang berlegar di sekitar Riverside petang Khamis semalam ketika para pemimpin Umno bermesyuarat di tingkat 39, para penggiat dan pelobi parti melepak kat Riverside yang membawa cerita sebaliknya.

Cerita dari kalangan para peminat dan pelobi parti kononnya baru-baru ini dalam mesyuarat badan Perhubungan Umno Pahang, khabarnya telah membuat ketetapan bahawa semua bahagian dari Pahang kecuali Bentong tidak akan mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden sebaliknya Dato Najib akan dicalonkan sebagai Presiden.

Kenyataan awal yang dibuat oleh Tok Nan di Putrajaya selepas melancarkan program Wacana Pendidikan 11 anjuran Yayasan Pahang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, jika dapat dianggap sebagai kenyataan rasmi maka yang mencanang di sekitar Riverside adalah tidak benar dan dusta.

Kalau ikut Pak Tam nak cerita apa yang dicerita oleh rakan-rakan di Riverside rasanya jauh sekali bertentangan dengan kenyataan rasmi Tok Nan. Bagi Pak Tam buat masa ini kita pakai kenyataan rasmi daripada percaya kepada cerita tidak bertuan yang disebar kesana kemari oleh mereka yang tidak bertuan.

Apapun, tahniah Pak Tam ucapkan pada Tok Nan kerana berani membuat pendirian yang dianggap benar dan tidak berdolak dalih.


Leave a Reply