Pak Lah kena letak jawatan, habis yang lain…
Tidak ada cerita yang paling menarik selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU12) bilamana Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan dua pertiga dan lima negeri terlepas ke tangan pembangkang, hanya kedengaran desakan dan tuntutan supaya Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Kononnya Pak Lah mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan tersebut dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain. Meskipun Pak Tam faham perasaan kecewa dan marah pihak-pihak yang mahu Pak Lah meletak jawatan, tetapi sedar atau tidak yang mendesak itu juga perlu bertanggungjawab.
Lebih banyak desakan datangnya dari orang Umno sendiri dan bukannya dari pihak pembangkang. Apa mereka lupa yang mendesak itu juga kebanyakannya dating dari kawasan yang kalah. Mereka hanya melihat kekalahan tersebut berpunca dari Pak Lah.
Pak Tam pelik dan hairan. Apa mereka tidak sedarkah yang mereka juga harus bertanggungjawab dengan kekalahan tersebut. Mereka yang Pak Tam maksudkan adalah calon-calon BN yang tewas samada di kerusi DUN mahupun Parlimen. Malah kebanyakan calon tersebut juga Ketua Umno Bahagian atau pimpinan bahagian.
Lebih pelik lagi ada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri di negeri yang kalah atau di dua negeri yang BN menang tetapi mereka tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar, masih terus mahu memegang jawatan tersebut. Tunggu apa lagi letak la kalau merasa bertanggungjawab.
Jangan nak salah Pak Lah seorang sahaja dalam soal ini. Pahang tak ada masalah, kita negeri yang menang. Pak Tam masih boleh berbangga dengan kemenangan tersebut. Di ketika negeri lain kalah teruk malah lima negeri ‘bungkus’ Pahang masih mampu bertahan. Apa maknanya ? Apakah Pak Lah hanya buat salah di lima negeri tersebut sahaja ke atau pemimpin dan wakil rakyat dulu di lima negeri tersebut tak buat kerja. Pak Tam tak boleh le nak jawab, tetapi seperti kata budak-budak muda sekarang…’sendiri mau ingat le…’
Kalau pihak yang mahu Pak Lah berhenti dan ada yang mendesak Ahli Majlis Tertinggi meletak jawatan, kenapa yang bercakap tu tak letak saja jawatan Ketua Bahagian yang disandangnya. Bukankah dia juga kena bertanggungjawab juga. Kalau dia kata jawatan ketua bahagian di pilih oleh ahli, apa jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak dipilih oleh ahli juga. Sekurang-kurangnya Pak Lah dipilih sebagai Presiden Umno oleh perwakilan yang datangnya dari bahagian dan di pilih oleh ahli.
Jangan nampak salah orang saja bila dilanda masalah, kita juga yang terlibat sebagai pemimpin parti perlu bertanggungjawab.
Apapun Pak Tam rasa Pahang ‘stedy’, masih mampu membentuk kerajaan negeri Barisan Nasional.

May 9th, 2008 at 3:16 pm
Tak lama la tu….. pastu jalan……