Pas memfitnah lagi
Salam kembali pembaca semua. Pak Tam minta maaf kerna agak lama tidak berada di sini. Mulai posting ini Pak Tam bersama beberapa rakan lain akan terus berada disini bagi melapurkan berbagai berita dan isu tentang negeri kita, Pahang Darul Makmur.
Untuk kali ini Pak Tam ingin merujuk tentang berita tidak benar yang diceritakan oleh Pas tentang apa yang berlaku di Masjid Felda Keratong 4 petang jumaat tadi. Pak Tam menghubungi beberapa orang kawan-kawan di sana yang kebetulan berada di masjid tersebut ketika imam tidak bertauliah membaca khutbah solat Jumaat.
Pak Tam difahamkan oleh kekawan yang ada, adalah tidak benar sama sekali seperti apa yang dilapurkan oleh laman web Pahangdaily.blogspot.com tentang Ahli Parlimen Rompin mengamuk di Masjid Felda Keratong 4.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kata kekawan memang Dato JJ ada berjumpa dan bersembang dengan imam yang membaca khutbah tersebut Ustad Suhaimi Saad yang juga Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda Pas Pahang. Tetapi kata mereka tidak timbul soal JJ ‘buat bising’ atau ‘amukan’ sebagaimana laporan laman web penipu itu.
Kata mereka lagi, Dato JJ sekadar bertanya atau mungkin juga menegur kandungan khutbah yang dibaca oleh Ustad Suhaimi yang dianggap tidak mengikut teks khutbah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Negeri Pahang sebaliknya lebih kepada ceramah politik Pas.
Pak Tam juga sempat ber ‘sms’ dengan Dato JJ dan mengikut sms Dato JJ, Pas masih menjadikan fitnah sebagai mainan politik mereka. Katanya lagi, Ustad Suhaimi bukanlah imam bertauliah yang dibenarkan membaca khutbah di masjid tersebut.
Lagipun, kata Ustad Suhaimi dalam khutbah tersebut layanan terhadap tahanan ISA yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional lebih teruk dari layanan yang diberi oleh puak Yahudi dan Israel. Kata Dato JJ lagi, mana boleh seorang imam membuat andaian begitu.
‘itu fitnah namanya’. Lagi pulak ianya memberi gambaran bahawa Pas lebih ‘sayangkan’ Yahudi dan Israel yang saban hari membunuh dan mendera orang Islam di Palestin. Masakan inipun pengikut Pas tidak mampu menilai pemimpin mereka.
Kata Dato JJ lagi, tentang tuduhan saya mencabar Ustad Suhaimi adalah tidak benar sama sekali. Saya kata, kalau nak bincang kita pergi minum kopi kat luar. Saya tak nak jadikan masjid tempat ‘perbincang’ perkara tersebut kerana ketika itu masih ramai lagi jemaah yang ada. Ajakan saya untuk berbincang kat luar, kat kedai kopi itu dianggap oleh Ustad Suhaimi dan pengikutnya sebagai cara saya hendak ‘cari gaduh’. Inilah kerja Pas. Fitnah dan suka membohongi rakyat. Kemudian menggunakan laman web untuk memfitnah. Bukan setakat di masjid sahaja Pas tidak takut bercakap bohong dalam laman web pun sama.
Pak Tam dapatkan pengesahan dari berbagai sumber dan melalui kawan-kawan Pak Tam disana dan mereka mengakui tidak ujud suasana ‘amukan’ sebagaimana digambarkan oleh laman web Pas tersebut.
Inilah sikap Pas dari dulu, kini dan selamanya, tidak pernah berubah. Fitnah dan bercakap tidak benar adalah budaya Pas.

November 17th, 2008 at 4:47 pm
Salam
kamu ni pak tam. benak benar otak kamu. patut aku panggil kamu pak ketam. taik kt otak. mcm mana kamu kata pas lebih sygkan israel dgn yahudi dr Islam. bukan ke isa itu umno yg tadbir. isa tu sama je la mcm system yg digunakan ke atas org Islam di palestine. otak udang betul kamu ni. pas mana ada kuasa mentadbir kerajaan pusat. dah terang lagi bersuluh kera2 umno n konco2 mentadbir kera-jaan pusat negara ni mengikut cara2 israel. i never like ust sohai-mi. but the fact is fact. yg betul 2 betul lah. jgn tabur fitnah umno mcm kau berak merata pulak.
November 28, 2008 at 10:25 pm
Tak kisah la apa kau orang nak kata. Memang jenis Pas ne tak boleh di lihat salah, semuanya benar bagi mereka. Namun,sejak berkawan dengan PKR ne Pas dah mula tersisih. Kesian Pak Tam tengok…
November 20th, 2008 at 9:52 pm
salam…nampak mcm bagus je pak tam tulis..pak tam pun kira fitnah juga ni..tanya kawan pak tam ..memang la dia cerita yg molek tentang jj ..mesti kawan kawan pak tam macam pak tam juga yang jenis perasaan betul..pastu sms dengan jj sahaja…mengapa tidak jumpa suhaimi tu terus atau sms dgn suhaimi tu sekali..baru la tahu cerita sebenar..cukup la nak pertahan kan umno tu..sedar la bro..dah 50 tahun..jangan la bodoh sangat..nak tunggu 50 tahun lagi ke baru nak sedar…rakyat sekarang dah celik..pk2 la…insaf
November 28, 2008 at 10:26 pm
Tuan yang bercakap ne ada kat tempat kejadian ke atau sekadar percaya kepada Ust Suhaimi sahaja. mana ada pengikut Pas yang berani kata pemimpin mereka tidak benar walaupun pemimpin Pas juga sering melakukan kesalahan
November 23rd, 2008 at 8:49 pm
apa kaitan pahangdaily.com dgn pahangdaily.blogspot.com?
November 28, 2008 at 10:27 pm
Itu kena cari jawapan sendiri. Mungkin pahangdaily.blogspot dan pahangdaily.com dari agen yang sama. Kena cari jawapannya
November 27th, 2008 at 11:44 pm
Jangan Lupa Kesalahan Suhaimi
25.11.2008
i. Beliau pembaca khutbah yang tidak bertauliah.
ii. Beliau tidak membaca khutbah mengikut teks yang disediakan oleh Pejabat Mufti Pahang.
iii. Beliau menggunakan masjid untuk berpolitik atau dalam erti kata lain membawa isu-isu yang cenderung dan menguntungkan sesuatu parti politik contoh isu ISA.
iv. Beliau tidak membaca doa untuk Sultan Pahang dalam khutbahnya.
November 28, 2008 at 10:28 pm
terima kasih warispahang. Tapi orang Pas ne mana nak dengar benda yang benar dia orang hanya percaya kepada pemimpin mereka secara membabi buta sahaja
November 28th, 2008 at 12:05 am
Jangan Lupa Kesalahan Suhaimi
25.11.2008
i. Beliau pembaca khutbah yang tidak bertauliah.
ii. Beliau tidak membaca khutbah mengikut teks yang disediakan oleh Pejabat Mufti Pahang.
iii. Beliau menggunakan masjid untuk berpolitik atau dalam erti kata lain membawa isu-isu yang cenderung dan menguntungkan sesuatu parti politik contoh isu ISA.
iv. Beliau tidak membaca doa untuk Sultan Pahang dalam khutbahnya.
Tahniah di atas pendedahan Pak Tam.
November 28, 2008 at 10:29 pm
Tahniah juga untuk Tuan warispahang. Mari kita selamatkan negeri Pahang kita dari menjadi bumi yang subur dengan fitnah dan hasad dengki
December 3rd, 2008 at 12:54 am
Kesalahan JJ pulak:
1.Dia raba punggung pompuan
2.Dia mengaku boleh baca khutbah tapi bengang bila Ust Suhaimi suruh baca khutbah.
3.Dia tak nak bincang dlm masjid.Nabi dulu bincang hal negara kat kedai kopi ke?
December 3, 2008 at 4:17 am
Apa boleh buat Saudara Budak Mantau hanya pandai melihat salah orang Umno. Jika jiwa kita sudah kotor kebaikan sekalipun dianggap kotar
December 3rd, 2008 at 11:12 am
ehh.. alahai paktam… kalau ye pun nak mempertahankan pemimpin gerombolan.. cari ler yang elok sket.. jgn ler yang kaki lepak pub.. raba2 bontot.. ish ish ish.. kesian le korang ni.. ke sama2 minat raba2 ni.. kah kah kah kah