Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Pelajar ‘galus’ perlu terus dibimbing

Salam untuk semua terutama kawan-kawan Pak Tam dari Pahang.

Pak Tam tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Pahang semalam tentang istilah ‘pelajar galus’. Agak lama tak mendengar perkataan seperti ini tetapi bila Pak Tam amati betul-betul pelajar galus ini membawa maksud, ‘kadang-kadang gagal kadang-kadang lulus. Jadinya, gagal dan lulus menjadi ‘galus’.

Pak Tam amat bersetuju dengan saranan Tok Nan agar semua pihak memberi perhatian yang lebih kepada golongan pelajar ini. Sebab itu, projek perintis pelajar galus antara Yayasan Pahang, Universiti Teknologi Mara dan Institut Kemajuan Iktisas Pahang diharap memberi manfaat kepada pelajar ini.

Mudah untuk difahami apa yang dimaksudkan oleh Tok Nan. Pelajar ‘galus’ terdiri dari golongan pelajar yang ada potensi untuk lulus jika diberi perhatian dan bimbingan yang betul sebaliknya akan gagal kalau dianggap sama rata dengan pelajar lain.

Manakala pelajar yang satu golongan lagi iaitu pelajar ‘lembab’ (ini istilah Pak Tam bukan istilah Tok Nan tau) juga perlu diberi bimbingan tetapi potensi mereka untuk lulus agak sukar dan pelajar cemerlang harus terus dibimbing agar terus berjaya.

Bagi Pak Tam, dengan tidak meninggalkan pelajar cemerlang dan pelajar lembab, pelajar galus harus lebih diberi perhatian kerana mereka berada dalam dua potensi. Boleh lulus kalau terus dibimbing dan boleh gagal kalau terus dipinggirkan.

Pak Tam melihat melalui Program Puncak Jaya (PPJ) yang dikhususkan untuk pelajar ‘galus’ di Pahang ini ianya akan menambah bilangan pelajar yang lulus dalam Sijil Pelajar Malaysia di Pahang sebaliknya mampu melonjak kecemerlangan pendidikan di Pahang.

Syabas Tok Nan…


Leave a Reply