Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Politik bukan pentas untuk menunjuk-nunjuk

Selamat Malam semua. Pak Tam kembali melihat skrin computer. Pahangdaily perlu terus dihidupkan. Mungkin tak ramai lagi yang mengetahui kewujudan pahangdaily ne. Tak mengapa, pelan-pelan le tu, nanti bila diwar-warkan nanti ramai le yang tahu tu.

 

Malam ni Pak Tam nak sentuh sikit pasal pesanan MB yang rasanya acap kali dah disentuh terutama dalam siri lawatan beliau ke daerah-daerah di Pahang.

 

MB kerap menyentuh tentang peranan pemimpin Umno dan wakil rakyat terhadap masyarakat dan rakyat yang diwakili. Menurut Tok Nan, setiap pemimpin perlu faham, apa peranan mereka yang sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang, agak ramai pemimpin Umno yang tidak jelas peranan dan tugas sebenar mereka. Ini termasuklah wakil rakyat, kata MB.

Kalau tak silap Pak Tam masa di Temerloh baru-baru ne, MB mengingatkan bahawa politik bukan pentas untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sebagai landasan untuk membantu penduduk dan ahli yang diwakili.

 

Banyak perkara yang disentuh oleh Tok Nan, tetapi malam ne cukup le kalau Pak Tam hanya melihat pesanan ini untuk kita renungi bersama.

 

Bagi Pak Tam apa yang MB cakap tu memang betul dan suatu pendekatan berterus terang dari seorang menteri besar yang mahu terus melihat Umno kekal relevan untuk orang-orang Melayu.

 

Soal menunjuk-nunjuk bagi seorang pemimpin umno atau wakil rakyat, bukan perkara baru. Tetapi keberanian Tok Nan menyentuh perkara itu dianggap perkara baru, walaupun sebelum ini beliau pernah bercakap.

 

Mana tidaknya, ada pemimpin Umno samada di peringkat bahagian, pemuda, wanita malah puteri juga tidak terlepas dari apa yang cuba dimaksudkan oleh Tok Nan. Wakil rakyat apatah lagi.

 

Menunjuk tak apa, tetapi menunjuk-nunjuk itu yang salah, itu yang dibenci rakyat, itu yang menimbulkan rasa ‘meluat’ di kalangan rakyat. Tok Nan bercakap berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau sendiri. Bagi Pak Tam, Tok Nan berani bercakap perkara ini kerana beliau bebas dari perkara tersebut. Siapa yang kenal Tok Nan tentu lebih tahu gaya hidup dan penampilan dirinya, termasuk sejak bergelar Menteri Besar Pahang.

 

Ada Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda Bahagian, baru tak sampai setahun jadi ketua sudah menampakkan kemewahan dan ketrampilan bergaya mewah. Datang ke majlis orang kampong kalau tak pakai Harrier tak sah. Rakyat melihat, orang kampong memandang. Rakyat dan orang kampong bukan bodoh sangat untuk membuat perkiraan. Setakat nak kira angka dan bezakan kehidupan dulu sebelum menjadi ketua dengan sekarang baru setahun jadi ketua dah tampil mewah dan kaya macam tu. Tak kan la orang kampong tak boleh agak dari mana datangnya kekayaan sekelip mata itu.

 

Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Tok Nan sebagai menjadikan politik sebagai pentas untuk mencari kekayaan sedangkan nasib dan pembelaan terhadap rakyat dan ahli yang diwakili tidak diberi perhatian sepenuhnya. Kalau turun padangpun, masa ada wartawan ataupun bila pihak steysen tv telefon nak melawat sesuatu kawasan. Barulah wakil rakyat tersebut bersiap sedia untuk bertugas. Seolah-olah berkhidmat hanya depan lensa tv atau depan wartawan.

 

Mudahnya untuk orang kampong buat perkiraan. Sebagai contoh, apa sebelum ini wakil rakyat tersebut tidak tahu ke ada orang susah di kawasannya sehinggalah bila pihak tv telefon untuk pergi membuat pengambaran barulah wakil rakyat tersebut bergegas untuk menyalurkan bantuan. Inilah dinamakan ‘lakonan semula’ di hadapan lensa tv.

 

Bagi Pak Tam, apa yang Tok Nan cakap tu harus diambil kira sebagai amaran kepada pemimpin Umno dan wakil rakyat di Pahang, agar lebih bersedia untuk menggunakan jawatan bagi berkhidmat kepada rakyat dari mengguna jawatan untuk kepentingan diri dan keluarga.

 

PAK TAM : kalau lepas ne tak nampak juga ada pemimpin Umno atau wakil rakyat Pahang yang berubah atau mengambil kira apa yang Tok Nan cakap tu, Pak Tam cadangkan Tok Nan sebut aje nama pemimpin yang terlibat tu. Baru dia orang tahu nasib dan masa depan politik mereka.


4 Responses to “Politik bukan pentas untuk menunjuk-nunjuk”

  1. abe MIE Says:

    PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
    Oleh: abe MIE (penulis bebas)

    saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan ‘tua’

    ‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

    Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.
    Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

    Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

    Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

    Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

    Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

    Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

    Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

    Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

    Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

    Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

    PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

    Bagaimana dengan pemerintahan PAS lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

    Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

    Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

    Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

    Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

    Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

    Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.

    Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

    Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

    Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

    Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

  2. abe MIE Says:

    cepat masuk parlimen… buatlah cerita baru …

    ada orang gila kuasa nak jadi perdana menteri Gay (PM GAY)…

    perwatakan yang baik GAY memang disukai oleh golongan tertentu…menarik..sehingga sabah dan sarawak cuba menjadi GAY dengan tarikan PM GAY/tersendiri dan terunggul dengan janji2..

    apapun, saya berharap parlimen kali ini lain dari lain…

    biar GAY dengan agendanya kat luar… kronis GAY- bini dan anak ada di dalam… Meteri Besar Selangor tak jadi nak kosongkan kawasan untuk GAY masuk….

    kesian..
    sampaikan salam saya buat ahli parlimen yang bukan penyokong GAY…

    apapun jangan buat hal…pak lah dah nak belah ganti NAJID, insyaallah (PM GAY bertambah gilanya).

  3. aziezoul Says:

    Tak tunjuk pun orang nampak kalau dah rumah sebesar mahligai dan kereta2 sampai tak muat masuk parking

  4. Pak Ngah dah Mengah Says:

    Sejarah terbukti bahawa orang Melayu lah yang mengkhianati orang Melayu, orang Melayu lah yang menghilangkan bahasa Melayu, orang Melayu lah yang menjual bangsa Melayu, orang Melayu lah yang menjual Tanah Melayu, apa lagi yang orang Melayu tidak buat, ugama Islam pun di jualnya… Raja Melayu pun orang melayu yang menurunkan mertabatnya. semua ini fakta, Siapa Melayu tu… atas nama peruangan semuanya halal dalam UMNO. Masuk UMNO mesti dapat habuan … apabila dapat habuan semua digadainya.. kalau gadai anak bini dia tak apalah tapi maruah bangsa yang digadai .. apa MCA minta mesti layan, apa MIC minta mesti dapat. permintaan Cina dan India klau tak dapat dalam BN mereka lari ke DAP, bukan boleh percaya, bila dapat dari DAP dan PKR meraka lari pula kpd BN yang yg nak menang sangat sanggup jual bagsa dan negeri lagi.
    Isu Hindraf, hindu dapat apa yang mereka nak, apabila BN layan, pun mereka lari kpd DAP, PKR, juga. Apa beza Ong Kah Ting dengan Lim Guan Eng.
    Isu siasatan Polis keatas wanita Melayu yang di telanjang, yang takut sangat sampai hantar Menteri pergi menyembah CHINA apa cerita, siapa Melayu tu.
    Isu babi yang yang telah ujud di Perak, Selangor, Johor, Melaka dan seberang Perai lebih 30 tahun UMNO perintah mengapa jadi isu sekarang macam sebelum ini tidak ada babi padahal Malaysia adalah penternak babi yang terbanyak mengatsai lembu, kerbau, dan kambing. Kita undang2 mengawal tetapi mengapa UMNO yang memerintah membiarkanya.
    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Merbok Karim Ali pada 9.11.2007 telah meluahkan perasaan hatinya [dlm intenet] mengenai kegagalan DEB berkata kepipinan UMNO sebagai penyamun. Mungkin juga termasuk yang dulu mendukung UMNO sekarang memimpin PKR.

    Isu tok kong hindu yang melebihi 20,000, apa yang UMNO boleh buat, sekarang PKR
    yang meraih keuntungan. Pas tumpang sekaki sebab tu ramai India jadi ahli Kelab penyokong PAS, nanti bila mereka dah dapat melalui PR mereka mereka akan lari dan UMNO pun akan terima untuk meraih undi dan pelbagai permintaan lagi akan di tunaikan oleh UMNO.
    Tengok PKR sunggup bersimpati dengan Hindraf kononnya tok kong hindu di klang yang diroboh oleh Khir Toyo lebih 100 tahun, mengikut sejarah India masuk ke Tanah Melayu dibawa oleh British pada 1922. semua ni Uno tahu ke?

    Mengikut fakta banyak sangat kecurang UMNO terhadap bangsa dan Tanah Melayu kalau nak tulis di ruangan ini pun tak mampu lagi. Tengok Melayu P. Pinang UMno perintah apa dah jadi dengan Melayu tu.

    Pak Tam jangan marah, Bila BN kalah di banyak negeri, semuanya nampak Pak Lah, setahu saya sesuatu keputusan dibuat secara kolektif oleh Kabinet, mengapa Pak Lah seorang saja, bagaimana dengan lain MT yang mengampu sahaja, mereka juga patut bertanggung jawab kerana hendak projek mengiakan sahaja.

    Minta maaf semua yang membaca Pak Ngah terkilan dengan orang UMNO yang senantiasa nampak orang salah PAS sahaja macam-macam gerhanalah, nazaklah
    entah apa-apa lagi, bukankah mereka itu Melayu yang sama berugama Islam dengan kita biarlah mereka memrintah Kelantan, kita tumpu di P.,Pinang yang pasti akan hanyut ke tangan DAP dengan lakonan yang dibuat oleh MCA, Gerakan dan MIC dalam BN.
    sekian dulu banyak sangat, lain kali pula tulis mana yang tak betul tentang PKR, PAS yang boleh merosakan Melayu.

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...