Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Rumah Sudirman terbakarpun salahkan UMNO

Susahlah dengan puak-puak PAS ini. Itulah hasilnya bila kebencian disemai dan fitnah dijadikan kebenaran. Kerana kebencian yang amat sangat pada Umno, apa sahaja yang berlaku samada di Pahang atau di mana sahaja, kesalahan akan dihalakan kepada Umno dan Kerajaan Negeri.

 

Ini berlaku bila semalam akhbar melaporkan rumah penghibur nombor satu Asia allahyarham Sudirman Hj Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab musnah dalam satu kebakaran. Pak Tam turut bersimpati dengan keluarga Sudir atas apa yang berlaku tetapi Pak Tam tidak salahkan sesiapa atas kebakaran yang berlaku.

 

Namun bagi juak-juak Pas mereka melihat kebakaran itu sebagai kesalahan Umno kerana membiarkan rumah Sudir tidak dijaga hingga menjadi sarang penagih dadah. Dan kebarakan yang berpunca dari api lilin yang digunakan oleh penagih tersebut telah membawa kepada punca kebakaran tersebut.

 

Dari apa yang Pak Tam sering katakan jika jiwa kita tepu dengan kebencian mata dan hati kita akan gagal melihat kebenaran dan kebaikan. Mereka mula mencari kesalahan orang lain untuk mengwujudkan kebencian kepada Umno. Amat cetek pemikiran dan perkiraan puak-puak Pas ini terutama agen-agen siber mereka dalam pahangdaily.blogspot.


8 Responses to “Rumah Sudirman terbakarpun salahkan UMNO”

  1. cucu sudirman Says:

    Memang UMNO salah, sebab apa yang dibuat bagi membangunkan peninggalan sejarah tu. Rumah itu tidak dijaga dan jadi sarang pengih dadah. bukan salah ker tu?. UMNO yg perintah Pahang, sudah semestinya puak UMNO yang jalankan siasatan baik pulih rumah penyanyi tersohor itu. Bukankan ia boleh menjadi destinasi pelancongan sejarah terbaik untuk naikkan nama Temerloh?. Habis kalau UMNO x salah, siaapa harus dipersalahkan

    Pak Tam says

    Saya tak nafi kalau ada Dato Saba berjanji begitu, tetapi kenapa sifat orang Pas yang hanya melihat kebencian dari kebaikan. Tak kan la rumah Sudir terbakarpun di salahkan Umno. Ini memperlihatkan dalam jiwa orang Pas termasuk saudara yang ada hanya kebencian. Mungkin banjir di Pahang juga disalahkan Umno

  2. Jengka Says:

    Pak Tam ingat lagi tak orang amno dari pahang….dari Temerloh….jadi menteri kebudayaan kesenian dan pelancungan….Ingat tak….ingat tak saper die….kalu pak tam tak ingat cuber tanya rakan yang lain…..orang besar tu penah menjadi MT dalam amno….cuber ingat….dia ada tak bercakap ingin majukan Temerloh sebagai satu destinasi pelancongan…bukan pelacuran atau tempat penagihan tau….cuber ingat….bertenag dan ingat…..ingat semula….kalu tak ingat gi ke Pej Penerangan Temerloh cari risalah beberapa taun dahulu…..cek semula…..baca dan buat pedoman…..selepas tu berfikir….dan berfikir….pembesar ameno tadi bejanji atau membuah kan kata-kata sedemikian…melontarkan hasrat…untuk memajukan bandar Temerloh TERMASUKLAH rumah pusaka Alahyarham tadi dan pusaranya sebagai satu tarikan pelancungan ….bukan sarang penagihan atau sarang pelacuran….ingat tak????…berbohong ke kami ni…..sebab tu saya selepas reply saya suruh pikir sejenak sebelum terus membuat keputusan….

  3. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum,

    Teringat kata seorang rakan…

    Sekarang ni kalau mereka berak dan tak jatuh tahi betul-betul dalam lubang jamban…terkena di bahagian mangkuk jamban…

    TETAP MEREKA SALAHKAN KERAJAAN!

    Haru!!

    Pak Tam says

    Pas pembangkang yang ‘haprak’. Pembangkang yang baik menegur yang salah dan memuji yang betul. Tapi Pas semua disalahkannya.

  4. Jengka Says:

    W’salam
    Rakan sepjuangan ke PolKembara???…kalu nak cr rakan cr rakan yag boleh membawa k arah kebaikan…bukan yang sering berkata2 yang terpesong…

    rakan Tuan tu mungin berak di kawasan Lipis…kawasan perumahan yang tanahnya runtuh tu….memang patut disalahkan kerajaan…..dah berapa lama dah rakan tuan menaggung derita…nak berak…cube telefon balik dia …dah siap ke belum baiki….sian khaidir ahmad berulang alik ke lepih buat liputan…dan kesian ke pakcik yang tak larat nak naik tangga ke rumah pindahan sementara….Polkembara jangan nak kata saya buat FITNAH ya…dan jagn pentingkan diri…pikir bebaik…dalam…dalammm sejenak berfikir…..fikirrrr…..rrrrrrrr……

    Pak Tam says

    Kalau kecurian balak di Pahang Pas salahkan Umno, bagaiaman kecurian balak di Kelantan. Salahkan Umno juga ke?

  5. Anak Jantan Mentakab Says:

    Kenapa nak salahkan UMNO? Rumah tu siapa pun yer?? UMNO ker?? Yang patut di persalahkan ialah PAS!!! Kenapa taknak halau si penagih dadah di rumah tu kalau orang-orang PAS dah nampak…mana keprihatinan ANDA org PAS! kata pakatan rakyat…ke nak tipu macam BABI (Brother Anuar Bin Ibrahim)

    Pak Tam says

    Pandangan Anak Jantan Mentakab Pak Tam serah kepada kita semua untuk menilai

  6. Kembara Politik Says:

    Assalamualaikum.

    Dah lama saya fikir, dan saya tengok mmg PAS dah jadi orang suruhan DAP. Harap2 orang Pahang tak la jadi BONEKA DAP macam MB Perak. Orang Pahang semuanya bencikan DAP. Tak macam orang2 PAS yang asyik kena luku dengan DAP. Kasihan! Tengok je la MB Kedah. Mula2 nak naik kuota 50 %, lepas kena tarik telinga dengan Lim Kit Siang turun balik 30 % + bonus (ladang ba alif ba ya). Rujuk artikel di bawah untuk tatapan semua rakyat Pahang. Jgn benarkan negeri kita jadi mcm tu.

    DAP sorok fakta! Gadai Tanah Melayu Perak!
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/tanah-perak-digadai-secara-sistematik.html

    MB Boneka hanya mampu melihat Perak diperkosa DAP!
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/pemberian-tanah-sekolah-persendirian-di.html

    MB Kedah diluku kepala oleh Lim Kit Siang!
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/11/jadi-ke-tak-jadi.html

    Selamat membaca dengan hati yang tenang. Semoga Allah buka pintu hati. InsyaAllah terbuka la tu nanti.

    Kah tak mboh la Pahang jadi macam tu. Tak ingin bertuankan DAP. Orang Pahang (yang betul2 Jati-asal Pahang) mmg reject Pakatan Rakyat ni. Sorry la yerrrr..

    Pak Tam says

    Kalau orang Pas kat Pahang teringin sangat nak perintah negeri bersama pakatan rakyat, apakah jika ditakdirkan Allah mereka yakin puak mereka akan jadi MB atau geng PKR jadi MB. Cuba Pas belajar dari Selangor. Nasib Pas di selangor dibawah pakatan rakyat. Kalau Pas tanding semua kerusi di Selangorpun Pak Tam yakin Pas akan perintah selangor tanpa bantuan PKR dan DAP

  7. keris panjang Says:

    Pak Tam,

    Yang ni saya fikir UMNO kenalah t/jawab..allahyarham Sudirman bukan artis biasa..sepatutnya UMNO yg jd kerajaan perlu ambil t/jawab untuk berbuat sesuatu bagi mengenang arwah tu..setidak2nya sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang..bagi saya tak bolehlah nk tepis “asyik nk salahkan UMNO sahaja” !

    Pak Tam says

    Menjaga warisan Sudirman Pak Tam setuju, kerajaan terutama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia patut mengambil tanggungjawab ini. Tetapi maksud Pak Tam dalam soal kebakaran yang berlaku di rumah Sudir. Salahkan Umno kerana berlaku kebakaran adalah tidak tepat. Itu maksud Pak Tam

  8. namam Says:

    Ngape..asyik nak salahkan orang je….yang waris dekat tu.. ade tak nak jage…..nak suruh orang jugak…..kalau lah meke tu same-same jage.. taklah jadik macam tu…

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...