Salam Pengenalan
Salam pengenalan Pak Tam hulurkan kepada semua rakan di alam siber ini. Hari ini secara rasminya Pahangdaily akan ke udara untuk kita semua. Kita semua itu bukan terhad untuk orang Pahang sahaja, orang negeri lain pun masih boleh berinteraksi di sini.Kelahiran pahangdaily ini sebagai sebahagian daripada tuntutan dunia siber yang mahukan keterbukaan dan kebebasan dalam menulis. Namun, bebas sebagaimana sekalipun kita masih tertakluk kepada peraturan. Kalau peraturan undang-undang agak longgar untuk mengawal kita, Pak Tam percaya peraturan adab dan adat masih menjadi milik kita.Perbezaan pendapat bukan bermakna kita tidak boleh bersama. Perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara sudah menjadi adat kita berhujah dan memberi pandangan. Namun, dalam menyatakan perbezaan tersebut kita tidak seharusnya terlepas dari tanggongjawab sesama kita. Tanggongjawab dalam menjaga etika dan maruah sesama kita.
Kalau kita tidak mahu orang berkata buruk tentang kita, sudah tentu kita juga tidak perlu berbuat begitu kepada orang lain. Apapun, Pak Tam berharap medan ini akan diguna sebaik mungkin untuk mengangkat perkara di luar sana yang tidak mampu di muat dalam akhbar arus perdana.
Untuk salam perkenalan ini, rasanya cukup dulu untuk itu. Kalau ada pandangan dan cadangan, terus saja ke ruang yang tersedia untuk kita.

May 23rd, 2008 at 12:11 pm
pak tam,kawan harap laman ni banyakkan info dari negeri kita..nak jugak tahu info2 kawasan2 di pahang ni