Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Terima Kasih pahangdaily Online

Salam untuk semua. Pak Tam baru balik mancing awal pagi ne. Mulanya dah rasa letih nak buka computer, maklumlah dah awal pagi. Tetapi bila terbaca nota kecil atas meja yang ditulis isteri, Pak Tam jadi tak sabar nak buka computer. Bunyi nota kecil isteri tersayang Pak Tam, ‘abah(panggilan mesra isteri kepada Pak Tam), ada orang hentam abah kat pahangdailyonline’.

Pak Tam pun buka computer, baca satu persatu dan faham maksud dan kandungan yang tertera. Pak Tam senyum sendirian, maklumlah dah awal pagi.

Bagi Pak Tam, ini kejayaan awal pahangdaily.com. Kejayaan bukan kerana pujian dari pembaca atas tulisan Pak Tam sendirian selama ini tetapi kejayaan kerana sudah ada pihak atau individu tertentu yang mula ‘gabra’ dan gelabah terhadap tulisan Pak Tam selama ini.

Terima kasih pahangdailyonline kerana mula sedar dan ‘perasan’ kehadiran Pak Tam dan rakan-rakan di pahangdaily.com. Mereka mula gementar dan ‘takut pada bayang-bayang sendiri’ kerana apa yang mereka fitnahkan selama ini sudah ada pihak yang berani menjawab dan menjelaskan perkara sebenar.

Jika tidak masakan mereka mula menyerang pahangdaily.com. Malah, apa yang lebih penting mereka takut kerana rakyat Pahang mula didedahkan perkara sebenar tentang kepalsuan PAS dan pengikut-pengikutnya selama ini.

Jika sebelum ini mereka boleh menulis apa sahaja, yang benar dan yang tidak benar malah lebih banyak yang tidak benar dari benar, tidak ada siapa yang menjawab dan menjelaskan perkara sebenar. Tetapi hari ini, kewujudan pahangdaily.com dan rakan-rakan siber yang lain, penipuan dan pembohongan mereka mula dikesan.


5 Responses to “Terima Kasih pahangdaily Online”

  1. baTT Says:

    eh.. glamer ke paktam ni.. takde org masuk komen pun.. takpe laa.. sian dia.. meh saya komen sket ye..

    hah.. penipuan? tidak benar? kah kah kah kahhh.. umno tak rasuah.. seng benaran kue.. kah kah kah kelakarnya paktam.. kelakarnya gerombolon ni.. teruskanlah pertahankan umno paktam.. kang umno dah jatuh nanti.. dah takleh cari makan

    Pak Tam says

    Biasa la bro, orang PKR mahupun PAS mana mahu dengar kebenaran. Mereka lebih suka percaya kepalsuan kerana hanya dengan kepalsuan sahaja mereka boleh menipu rakyat

  2. Jengka Says:

    …….Terima kasih pahangdailyonline kerana mula sedar dan ‘perasan’ kehadiran Pak Tam dan rakan-rakan di pahangdaily.com. Mereka mula gementar dan ‘takut pada bayang-bayang sendiri’ kerana apa yang mereka fitnahkan selama ini sudah ada pihak yang berani menjawab dan menjelaskan perkara sebenar………Tahniah Pak Tam ini ayat provokasi seperti yang biasa digunakan oleh perintih jalan puak gerombolan untuk menaikkan kemarahan pihak pembangkang……

    Tak takut pun saje je nak bagi puak UMNO baca laman ni pastu baca la ape yang sebenar berlaku….bukan terima bulat2 aje Tulisan Pak Tam tu kan……berfikir sejenak adalah lebih baik dari terus membuat kesimpulan….

    Pak Tam says

    Pak Tam juga seperti tuan tidak berhasrat untuk takut atau gementar dengan kehadiran tuan dan rakan-rakan di alam siber ini. Apa yang Pak Tam dan rakan-rakan takut adalah sekiranya kami tidak dapat bercakap benar tentang fitnah dan kepalsuan PAS dan PKR serta konco-konconya

  3. Jengka Says:

    Terfikir juga mengapa Pak Tam ini beria ia benar menjelaskan ‘kebenaran’ (basah lagi) atau untuk bercakap benar di internet, blog ni jika mereka ini tidak di bayar atau kata dasarnya upah….atau kena bayar atau menerima bayaran atau mendapat sesuatu atas usaha…adakah Pak Tam (Khas) atau ahli UMNO (am) memang sering bekerja dengan iklas tanpa kata dasar tadi……dah la semua media massa yang berbayar mereka pulun….media freee ini pun mereka nak tegakkan benang….Tabik Spring Buat Pak Tam….

    adakah president PKR berkata bohng dengan keadaan harga minyak yang sepatutnya tidak naik tinggi pada bulan yang lalu…adakah PAS berkata bohong tentang tentang Janji Allah tentang amalan rasuah oleh para pemimpin gerombolan…Adakah UMNO bercakap benar tentang isu balak di pahang???? toink…toink…toink….

    Harap Pak Tam bertenag dan jangan mengigil marah semasa menaip balas….tarik nafas dan istigfar panjang2…mengaji dari alif…membilang dari sa

  4. Shafik bh Says:

    Bohong tak kan bohong semua, jadi lembulah pengikut. Benar tak kan benar semua, jadi bodohlah pemimpin.

    Jengka, lawati blog ini: http://braveheart-blogger.blogspot.com

  5. Shafik bh Says:

    nsakjx;lsax

Leave a Reply

  • MESTI TONTON 1

  • MESTI TONTON 2

  • Layannnn...