Tun Dr Mahathir umpama ‘P Ramle’ dalam politik Melayu
Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramle dianggap lagenda dalam dunia perfileman Melayu kerana jasa dan karya-karya agungnya, Pak Tam rasanya Tun Mahthir juga boleh dianggap ‘P Ramlee’ dalam dunia politik Melayu.
Pak Tam mengatakan begitu bukan sahaja kerana jasa keduanya dalam dua dunia yang berbeza tetapi juga kerana sanjungan orang Melayu kepada keduanya yang dianggap berlebihan dan melampau.
Jasa keduanya Pak Tam tidak pertikai. Samada allahyarham P Ramle mahupun Tun Dr Mahathir,keduanya adalah pujaan dan sanjungan orang Melayu. Samada jenerasi muda ataupun tua, keduanya adalah lagenda.
Kerana sanjungan dan pujaan yang berlebihan, kita terlupa keduanya juga ada salah dan silap sepanjang karier dan sumbangan yang dibuat. Tetapi Pak Tam tidak berminat untuk mempersoalnya kerana mungkin kerana jasa yang banyak dan besar maknanya, sedikit kesilapan dan kekurangan tidak menjadi persoalan bagi orang Melayu.
Cumanya, kita tidak boleh menjadikan keduanya dalam dua dunia yang berbeza sebagai ‘perbandingan’ dan ‘titik tolak’ untuk melihat yang selepas daripada mereka.
Dalam dunia perfileman Melayu P Ramle dianggap lagenda. Karyanya dikaji dan diberi perbandingan. Cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Bukan semasa zamannya malah hingga kini. Bila berbicara tentang jatuh bangun filem Melayu, filem P Ramle sering diperbandingkan. Hinggakan karya Datuk Yusof Haslam, Mahadi J Murat dan sesiapa sahaja selepas itu hingga kini dianggap tidak mencapai piawan mutu dan kehebatan filem Melayu.
P Ramle mungkin berjaya dan hebat ketika zamannya, tetapi mungkin tidak sekarang. Disebabkan hampir semua steysen tv menayang semula cerita-cerita P Ramlee saban minggu ianya dianggap bandingan terbaik. Hinggakan menenggelam terus tokoh-tokoh sezaman dengannya.
Begitu juga rasanya dengan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita. Jasanya selama 22 tahun cukup besar dan tetap disanjung dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Tetapi tidak bermakna kerana jasa dan lagendanya beliau, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri selepas beliau perlu dibanding dan diukur dengan kehebatan beliau.
Bezanya P Ramle sudah tiada lagi sedangkan Tun Dr Mahathir masih sihat dan masih menjadi ikon politik Melayu. Suara Tun masih diterima pakai orang, ‘filem’ Tun masih di ‘tayang’ saban hari oleh ‘tv’ politik Melayu. Orang yang dulu menjadi musuh kini dah berkawan baik semula dengan Tun. Tun terus menjadi juru cakap politik Melayu malah Tun ada ‘pewaris’ yang sedang di bina untuk terus menakah dalam dunia politik Umno.
Pak Tam rasa tidak adil bagi Pak Lah jika segala apa yang dilakukannya mahu dibandingkan dengan Tun. Kenapa Pak Lah perlu menjadikan kepimpinan Tun sebagai titik tolak atau lebih tepat kena ‘merujuk’ dengan Tun terlebih dahulu.
Tun sepatutnya tidak banyak campurtangan dalam politik Melayu. Jasa dan budi beliau tetap dikenang orang. Hari ini adalah zaman Pak Lah. Beri kebebasan dan ruang yang selesa untuk Pak Lah mengurus dan mentadbir parti dan negara. Kalau Pak Lah dikatakan punca kemerosotan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu, apakah Tun tidak ‘mempunyai saham’ dalam memastikan merosotnya sokongan terhadap BN.
Pak Tam : Adalah molek kalau Tun tidak terus mempersoalkan pentadbiran Pak Lah kerana bukankah Pak Lah adalah pilihan Tun dan bukanya pilihan ahli Umno ketika itu.

May 9th, 2008 at 1:33 am
Aha, sebelum nak komen, nak tanya sat. Lagu mana pak Tam tau alamat saya? Dari blog bekas MB Selangok kot?
Ok tentang apa yang Pak Tam tulis, pendapat saya, kadang bekas PM punya komen tu ada betoi jugaklah. Namun, cek juga bersetujulah dengan pak tam agar Pm tak campok sangat hal-ehwal pemerintahan sekarang. Tu saja.
May 17, 2008 at 3:14 pm
Tai,
Pak Tam tengok u rajin menulis, ne nama betulke nama samaran Tai. Apapun makasih le dah kerap jengok kat rumah Pak Tam ne
May 9th, 2008 at 10:23 am
Saudara Tai,
Aha…saya terpandang alamat saudara dalam blog bekas MB Selangor la. Bukannya apa Pak Tam mengikuti juga tulisan saudara, jadi nak jemputlah selalu-selalu datang kat blog ne pulak…
May 9th, 2008 at 11:11 am
Salam Pak Tam,
Tergezut when saya received your email inviting me to ur blog.Ingatkan tadi Pak Tam fashion designer yang biasa dalam astro tu..hehehe.Takpe..saya pun nak tanya,mana dapat email address saya?..bukan apa nak tau je..
Berkenaan Tun M ni, pendapat saya tak salah kalau dia mengkritik Pak Lah sepertimana yang dia telah lakukan.Kita bukan nak membandingkan Pak Lah dengan Tun M sebab semua orang tahu memang susah utk cari pengganti macam Tun M walaupun anak beliau sendiri.Yang org dok compare ni sebab Pak Lah tak perform sebagaimana sepatutnya seorang PM ditambah lagi dgn sifat bermuka-mukanya dan jugak statement2 dan polisis2 yang dilakukan olenya langsung tidak membawa apa2 faedah kepada rakyat terutamanya kepada kami di pihak swasta.Utk org kerajaan memang la untung sebab mcm2 yang diberi oleh Pak Lah tpai itu pun tak cukup lagi.
Memang kalau dilihat dari mata kasar tak adil Pak Lah kena hentam dgn Tun tapi kalau diteliti sebabnya memang patut pun.Pak Lah sepatutnya mengambil iktibar akan apa yang terjadi selam 23 tahun Tun M pegang kuasa,dari segi positif la tapi dia telah membelakangkan Tun M yang secara langsung memberi kuasa kepadanya tanpa ada desakan dari mana2 pihak.Bukan bermakna Pak Lah kena ikut segala suruhan Tun M tapi at least dia kena tunjukkan bahawa dia boleh memimpin negara dan memiliki otak seorang business man utk memajukan negara tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Mentaliti Pak Lah adalah setakat seorang government servant atau lebih layak lagi kalau setakat menjadi seorang Ketua Pengarah atau Ketua Setiausaha di mana2 jabatan dan bukannya sebagai PM.
Disebabkan Pak Lah dipilih sendiri oleh Tun M lah dia saya rasa ada hak untuk mengkritik bekas abnak buahnya kerana sekiranya Pak Lah dpilih oleh rakyat utk menjadi PM then Tun M tidak ada hak mengkritik Pak Lah sebagai anak buahnya tetapi tetap ada hak mengkritik Pak Lah sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang bangsa melayu.
Kalu diteliti secara amnya sekarang ini,rata2 semua rakyat mengkritik dan mengutuk Pak Lah cuma kritikan Tun M dihighlightkan sebab beliau adalah seorang bekas pemimpin yang berjasa kepada terutamanya orang melayu.Lagi satu banyak benda yang dikatakan Tun M adalah benar dan inilah yang ditakutkan oleh Pak Lah.
May 17, 2008 at 3:16 pm
Saudara Lord
Tapi Pak Lah Tun M yang pilih, bukan kita malah bukan ahli umno pun. Kenapa ahli umno dan rakyat malaysia boleh setuju tapi tun pulak yang tak setuju. Ada apa-apa ke yang Pak Lah tak tunaikan janji masa mereka berdua setuju lepas dan terima jawatan tempoh hari. Itu sekadar andaian Pak Tam sahaja le
May 9th, 2008 at 3:05 pm
Pak Tam;
Rasa saya mana yang dah kalah tu eloklah undur. bagi peluanglah pada yang muda, yang masih sihat dan aktif. pasal pengalaman yang masih cetek tapi mereka bukanlah bodoh.
May 17, 2008 at 3:18 pm
Anak Raub
Kalau la seorang wakil rakyat macam karpal sigh tu datangnya dari umno atau bn Pak Tam percaya satu negara kecoh dan heboh. Ingat tak lagi bekas MB Kedah dulu, sakit sikit aje satu negara suruh berhenti tapi Karpal Singh ada siapa yang suruh dia berhenti. Saya harap kita faham apa yang Pak Tam maksudkan. Bukan menghina tapi itulah hakikatnya
May 9th, 2008 at 3:40 pm
Nama pun lagenda. Kalau sebelum ni semua setuju cakap dia tapi la ni pasai pa tak boleh pulak….. kalau benda tak betui berani ka depa bagi tau kat Pak Lah & family……hai kacau cam ni
May 17, 2008 at 3:19 pm
Ada batas kita menegor. Tidak semestinya apa yang kita tegor kita hendak orang ikut dan lakukan macam apa yang kita tegor. Belum tentu juga yang kita tegor tu betul semua
May 10th, 2008 at 7:53 am
Selamat pagi Pak Tam
Ohh jadi Pak Tam ambil alamat emel saya dari blog bekas MB Selangor la…. macam mana bekas MB Selangor boleh tunjukkan emel saya dan yang lain pada umum…. w’pun disebut “Mail(will not be published…” Jelas menunjukkan pegang rahsia emel pun tidak boleh, macam mana pula pegang rahsia parti dan negeri!!
Kedua, lebih baik Pak Tam terangkan hal peribadi Pak Tam sebelum saya dapat memberi pendapat dan komen seterusnya.
Wassalamu.
May 17, 2008 at 3:20 pm
L…Din
Saya siapa tak penting L..Din. Kita sama-sama ingin mencari yang terbaik dari apa yang kita paparkan.
May 11th, 2008 at 5:20 pm
Salam Pak Tam;
Saya hargai komen-komen Pak Tam. Bagi saya apa yang perlu UMNO lakukan sekarang ialah menyatukan golongan Melayu. Mereka adalah ketuanan tatapi jika gagal disatukan mereka akan jadi petualang. Saya harap usaha Pak Tam akan berjaya demi UMNO yang wibawa.
May 12th, 2008 at 12:03 pm
Salam Pak Tam,
Banyak membaca banyak lagi yang boleh digali, syabas Pak Tam
saya akan layari blog ni, terima kasih
Wasallam
May 17, 2008 at 3:21 pm
Anak Penaga
Terima kasih. Bagi saya kenapa perlu berlaku dalam umno dan politik orang melayu hari ini kita mengangkat pemimpin esok sahaja kita berusaha untuk menjatuhkan pemimpin. Apa tun ingat dia tak pernah buat salah dalam masa 22 tahun memerintah. Kenapa orang tak cakap tentang salah Tun, jawapnya kita masih hormat dan menghargai jasa dan pengorbannya. Itu saja
May 12th, 2008 at 12:26 pm
Tahniah saya ucapkan kepada Pak Tam di atas penubuhan website nie … lahirlah lagi seorang penulis blog ( blog ker Pak Tam .. ? he he he ). Dan yang pentingnya dapat promosikan negeri Pahang nie … !!! Berbalik kepada isu ini, saya rasa Tun M patut menasihati dan campur tangan terhadap pemerintahan Pak Lah demi kedaulatan ketuanan melayu yang semakin pudar ini. Pemerintahan Pak Lah yang agak lemah telah menyebabkan beberapa isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan telah berjaya diprovokasikan oleh parti pembangkang. Parti pembangkang telah agak berjaya mencuri peluang keemasan ini untuk menarik undi orang melayu dan rakyat Malaysia khasnya. Perlu diingatkan bahawa parti pembangkang bukannya kuat sangat, tapi undi proteslah yang menyebabkan mereka menang dan berjaya mencalarkan rekod bersih BN selama ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya berpendapat Pak Lah haruslah mengundurkan diri demi maruah bangsa melayu dan UMNO khususnya. Saya takut UMNO akan terus terkubur di dalam pilihanraya akan datang. Dan siapakah pada waktu itu yang akan membantu bangsa melayu .. ? PAS ? PKR ? DAP ? Pak Tam sendiri boleh menjawab soalan saya itu.
May 17, 2008 at 3:23 pm
Anakpahang
Parti pembangkang dapat banyak isupun tun yang tolong bagi. Kalau tun berperanan membantu dan mempertahankan Umno situasi begini mungkin boleh dikurangkan.
May 12th, 2008 at 5:56 pm
Salam …
Inilah kali pertama saya memasuki laman idea Pak Tam. Minta maaf jika saya bertanya, kenapa Pak Tam memilih PahangDaily? Terdapat perkataan Pahang diistu.
Ingin saya katakan adakah tidak benar apa yang dikritik oleh Tunku Mahatdir itu? Jika benar maka terimalah. Tapi bukan sekadar menerima malahan ia perlu berkadaran dengan mengubah. Menerima dan mengubah. Inilah yang paling penting.
Tidak salah jika seorg yang sudah TUA memberi nasihat. Yang TUA itulah yang telah merasai kemasinan garam dulu dari PAKLAH. Yang TUA Itulah mempunyai pengalaman yang luas dari PAKLAH. Umpama, apabila orang muda berjumpa dengan orang tua, maka banyaklah nasihat yang diberikan orang tua kepada orang muda.
Bagi saya, ini pandangan peribadi saya, mesej yang hendak disampaikan adalah PAKLAH perlu berani dalam segala bentuk. Berani di arena nasional dan juga antarabangsa. Satu perkara yang suka ikuti yang dilakukan oleh Tun Mahatdir adalah keberaniannya melawan barat. Pak Tam boleh ikuti dalam http://www.perdana4peace.org. Jadi selepas ketiadaan Tun siapa yang bakal meneruskan perjuangan Tun dalam organisasi ini jikalau PAKLAH tidak belajar untuk berani.
Dalam senyap-senyap, Malaysia negara yang kecil ini, berani untuk mencari bukti untuk melawan negara-negara barat. Setiap negara, bangsanya(peringkat dalam negara) perlu bersatu, barulah pergi kepada Agama(peringkat antarabangsa), maka apabila Agama sudah bersatu, maka kekuatan itu tidak dapat ditandingi. JIka setiap negara, bangsanya tidak bersatu, bagaimana kita hendak satukan agama? seterusnya bagaimana penyakit yang dialami oleh Islam hendak sembuh jika kita tidak berani melawan barat?
Fikirkanlah… wallahualam
May 17, 2008 at 3:24 pm
Betul apa yang Keris cakapkan tetapi sedar tak kita apa yang ditanggong oleh Pak Lah hari ne banyak juga berpunca dari kejadian masa Tun. Jangan tun lupa pulak
May 15th, 2008 at 12:50 am
Aku dengar menteri besar pahang nak bertanding Naib Presiden pulak. Mula tu ketua pemuda negeri Pahang nak tokeh dia bertanding Ketua Pemuda, tetapi di tolak oleh Tok Nan. Masalahnya sesuaikah satu antara jawatan itu untuk orang seperti Tok Nan. Entah la aku rasa pelik tengok perangai orang Umno. Kalah terukpun dalam pilihan raya sibuk nak berebut jawatan dalam parti. Oh..ya lupa..Tok Nan di Pahang menang cemerlang. Mungkin dia berada dalam kategori layak untuk berebut mana-mana jawatanpun dalam Umno. Tak le macam Khir Toyo di Selangor..yeee
May 17, 2008 at 3:25 pm
Ikut mana yang patut dan sesuai la Jefri Din. Pasalnya Pak Tam lihat ada keberanian dan ketegasan pada Ton Nan. Dia patut berada dalam hiraki parti agar suara dan keberanian dia boleh membantu menguatkan semula Umno
May 15th, 2008 at 12:52 am
Aku rasa layak juga kalau Menteri Besar Pahang hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda. Dengan sifat dan sikap yang sedia ada pada Tok Nan, aku rasa dia orang yang paling layak untuk jawatan itu. Berani..Tegas..dan Berpendirian adalah sifat yang ada pada Tok Nan dan sifat itulah yang diperlukan oleh pergerakan pemuda umno. Kalau betul Tok Nan nak bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia yang kebetulan kosong, itu merupakan satu langkah yang bijak. Jangan bertanding Naib Presiden Tok, nanti susah nak sangkut…
May 17, 2008 at 3:26 pm
Budak Temerloh
Pada dasarnya Pak Tam setuju. Samada Naib Presiden ataupun Ketua Pemuda Tok Nan layak dan perlu bekerja kuat untuk menang
May 15th, 2008 at 12:35 pm
Tok Nan memang layak untuk bertanding sebagai KP tetapi peluangnya agak tipis kerana terpaksa bersaing dengan Dato Mukhriz … aku memang salute dengan Tok Nan sebab dia berani berhadapan dengan pihak pembangkang … dan aku rasa dia jugak harus berani bersuara berhadapan dengan kepimpinan UMNO sekarang nie. Jangan hanya menjadi pak turut sahaja … sayang pemimpin macam Tok Nan ini takut dengan bayangan bossnya sendiri ( Pak Lah ). UMNO sekarang ini sedang mengalami krisis kepimpinan dan aku harap agar Tok Nan dapat menonjolkan dirinya menjadi harapan kepada UMNO. Tok Nan harus berani bersuara demi masa depan UMNO … !!!!
May 15th, 2008 at 8:19 pm
Kepada L… Din, toksahlah dok tuduh. Walau pun dia kata mail were not publish, tapi hang kena ingat, kalau dia click kat nama kita, maka akan terpampang biodata kita lagi-lagi kalau bloggers. Ini adalah settings web domain. Tak boleh nak buat apa. Bila biodata dah terpapar, ha, terkeluarlah e-mel kita.
Kami sebagai golongan cacat penglihatan, dah biasa dengan semua ni.
Hari tu ada saya baca analisis TDM tentang kekalahan BN kat blog dia. Ha, betoilah jugak apa dia kata. Sepatutnya, pak lah toksah dok bawak anak menantu dia masuk. Tengok macam TDM, masa dia perdana menteri, dia tak bagi kaum kerabat dia masuk campok sampailah dia lepaskan jawatan tu, barulah anak dia Mukris menyerlah.
Ni pak lah buat terbalik kuang pulak. Habeh dia tarik anak menantu dia masuk. Lagu mana ni? Ni apa cerita?
Betoilah jugak kalau orang kata pak Lah lembik. Awat taknya, cuba kita tengok. Bila pembangkang dok hentam pom pam pom pam, dia dok sengap tak kata apa. Dok buat kerja dia tak mau nak jawab tuduhan pembangkang. habeh tu, lagu manalah orang tak percaya apa pembangkang cakap? Ha, ni siapa salah? macam-macam pembangkang dok hentam. Dia dok macam tongkoi kayu. Awat jadi lagu tu?
Kalau dah tau pembangkang cakap tak betoi, buat statement. Balas balik. Ni tak. Doklah macam tongkoi kayu.
Cuba kita tengok TDM. Bila dia kena hentam, apa dia buat? Ha, hang hentam satu, aku bagi balik sepuluh. At last, hentaman pembangkang dapat dipatahkan.
Lagu ni, barulah betoi peminpin.
May 17, 2008 at 3:30 pm
Kalau di uruti sejarah politik Umno dan Melayu dah lama kejadian dinasti berlaku. apa kita lupa siapa Dato Najib, anak seorang perdana menteri. Siapa Hishamuddin, anak seorang perdana menteri, kini siapa pulak Mukriz, anak seorang perdana menteri dan siapa pulak KJ, menantu seorang perdana menteri. tun Mahathir pun tak boleh nak kata orang sangat pasal ne Tai. Lainlah kalau dia bebas dari semua ni bolehlah dia bercakap
May 20th, 2008 at 11:52 am
Alhamdulillah … akhirnya Tun M dengan beraninya telah membuat pengumuman untuk keluar dari UMNO …. itu satu langkah yang bijak demi untuk mendaulatkan semula maruah bangsa Melayu yang semakin terhakis ini. Apa guna berada di dalam parti jika dirinya ditunggang-langgangkan ? Pak Tam, pemimpin macam Pak Lah itu patut dijatuhkan, dia sudah tidak layak untuk memimpin UMNO. Rakyat sendiri yang sudah membuat keputusan dalam PRU yang lepas. Pak Tam sendiri boleh melihat bagaimana kelam-kabutnya Pak Lah memimpin negara ini, ditambah pula dengan kehadiran kaum-kerabatnya dalam urusan negara. Semakin lama Pak Lah memimpin, semakin cepatlah pula UMNO akan terus jahanam. Jangan biarkan UMNO terus hancur di tangan orang yang sebegini, Pak Tam … !!!!
p/s :- Betullah kata-kata seorang setiausaha bahagian DAP ketika saya berjumpa dengan beliau semasa kempen PRU di Bentong dulu … “Orang Melayu selepas era Mahathir adalah era kehancuran mereka … ! ” Tolonglah, jangan biarkan kata-kata itu menjadi kenyataan … !!!
November 28th, 2008 at 4:07 pm
Tuan,
Bagi menjadikan blog ini lebih mantap dan terkini dengan artikel-artikel yang pelbagai, ianya perlu ditulis lebih dari satu orang agar ideanya bukan hanya dari satu sumber dan cara penulisannya yang sama. Oleh yang demikian saya merasakan adalah sangat wajar pemunya laman blog ini membukakan ruang kepada sesiapa yang ingin menghantar artikelnya diblog ini agar dapat dilakukan dengan pemantauan oleh pemunya blog.
Mungkin boleh jadikan blog ini seperti: mykmu.net atau mykmujohor.net.my. Dengan demikian blog ini akan lebih dikunjungi kerana terdapatnya banyak artikel-artikel terkini dan juga mereka yang inginkan artikel mereka disiarkan.
Saya mohon mencadangkan.