Pas memfitnah lagi
November 15th, 2008 + Dihantar oleh Pak TamSalam kembali pembaca semua. Pak Tam minta maaf kerna agak lama tidak berada di sini. Mulai posting ini Pak Tam bersama beberapa rakan lain akan terus berada disini bagi melapurkan berbagai berita dan isu tentang negeri kita, Pahang Darul Makmur.
Untuk kali ini Pak Tam ingin merujuk tentang berita tidak benar yang diceritakan oleh Pas tentang apa yang berlaku di Masjid Felda Keratong 4 petang jumaat tadi. Pak Tam menghubungi beberapa orang kawan-kawan di sana yang kebetulan berada di masjid tersebut ketika imam tidak bertauliah membaca khutbah solat Jumaat.
Pak Tam difahamkan oleh kekawan yang ada, adalah tidak benar sama sekali seperti apa yang dilapurkan oleh laman web Pahangdaily.blogspot.com tentang Ahli Parlimen Rompin mengamuk di Masjid Felda Keratong 4.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kata kekawan memang Dato JJ ada berjumpa dan bersembang dengan imam yang membaca khutbah tersebut Ustad Suhaimi Saad yang juga Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda Pas Pahang. Tetapi kata mereka tidak timbul soal JJ ‘buat bising’ atau ‘amukan’ sebagaimana laporan laman web penipu itu.
Kata mereka lagi, Dato JJ sekadar bertanya atau mungkin juga menegur kandungan khutbah yang dibaca oleh Ustad Suhaimi yang dianggap tidak mengikut teks khutbah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Negeri Pahang sebaliknya lebih kepada ceramah politik Pas.
Pak Tam juga sempat ber ‘sms’ dengan Dato JJ dan mengikut sms Dato JJ, Pas masih menjadikan fitnah sebagai mainan politik mereka. Katanya lagi, Ustad Suhaimi bukanlah imam bertauliah yang dibenarkan membaca khutbah di masjid tersebut.
Lagipun, kata Ustad Suhaimi dalam khutbah tersebut layanan terhadap tahanan ISA yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional lebih teruk dari layanan yang diberi oleh puak Yahudi dan Israel. Kata Dato JJ lagi, mana boleh seorang imam membuat andaian begitu.
‘itu fitnah namanya’. Lagi pulak ianya memberi gambaran bahawa Pas lebih ‘sayangkan’ Yahudi dan Israel yang saban hari membunuh dan mendera orang Islam di Palestin. Masakan inipun pengikut Pas tidak mampu menilai pemimpin mereka.
Kata Dato JJ lagi, tentang tuduhan saya mencabar Ustad Suhaimi adalah tidak benar sama sekali. Saya kata, kalau nak bincang kita pergi minum kopi kat luar. Saya tak nak jadikan masjid tempat ‘perbincang’ perkara tersebut kerana ketika itu masih ramai lagi jemaah yang ada. Ajakan saya untuk berbincang kat luar, kat kedai kopi itu dianggap oleh Ustad Suhaimi dan pengikutnya sebagai cara saya hendak ‘cari gaduh’. Inilah kerja Pas. Fitnah dan suka membohongi rakyat. Kemudian menggunakan laman web untuk memfitnah. Bukan setakat di masjid sahaja Pas tidak takut bercakap bohong dalam laman web pun sama.
Pak Tam dapatkan pengesahan dari berbagai sumber dan melalui kawan-kawan Pak Tam disana dan mereka mengakui tidak ujud suasana ‘amukan’ sebagaimana digambarkan oleh laman web Pas tersebut.
Inilah sikap Pas dari dulu, kini dan selamanya, tidak pernah berubah. Fitnah dan bercakap tidak benar adalah budaya Pas.
