Pahang Daily

| Berita Terkini Pahang Negeri Pahang

Akibat MB ‘remote control’

May 3rd, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Apa yang berlaku di Negeri Perak hingga melibatkan campurtangan Istana dan Baginda Sultan dan Raja Muda tentang keputusan Menteri Besarnya ‘memecat’ Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury. Begitu juga di Pulau Pinang bilamana Yang Dipertuan Agong Sultan Mirzan Zainal Abidin ‘campurtangan’ berhubung dengan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta isu projek penternakan babi mega di Selangor, menjelaskan kepada kita betapa sudah wujud ‘MBRC’ atau ‘Menteri Besar  Remote Control’ » selanjutnya

Maklumlah baru kali pertama masuk Parlimen…

May 3rd, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam diangin lalu Pak Tam hulurkan. Dengan doa dan harapan apa sahaja yang anda sedang lakukan ianya tetap bersandar kepada yang benar dan hak.

Hari ini Pak Tam bangga bercampur duka bilamana Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kebinet bersetuju untuk meneruskan siaran langsung persidangan Parlimen yang disiarkan melalui RTM

Bangga kerana kerajaan pimpinan Pak Lah ‘berani’ berdepan dengan pembangkang di Parlimen dan membawa siaran langsung untuk rakyat mendengar dan menilai wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini ‘bersidang’ di Parlimen. » selanjutnya

Politik bukan pentas untuk menunjuk-nunjuk

April 21st, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Selamat Malam semua. Pak Tam kembali melihat skrin computer. Pahangdaily perlu terus dihidupkan. Mungkin tak ramai lagi yang mengetahui kewujudan pahangdaily ne. Tak mengapa, pelan-pelan le tu, nanti bila diwar-warkan nanti ramai le yang tahu tu.

 

Malam ni Pak Tam nak sentuh sikit pasal pesanan MB yang rasanya acap kali dah disentuh terutama dalam siri lawatan beliau ke daerah-daerah di Pahang.

 

MB kerap menyentuh tentang peranan pemimpin Umno dan wakil rakyat terhadap masyarakat dan rakyat yang diwakili. Menurut Tok Nan, setiap pemimpin perlu faham, apa peranan mereka yang sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang, agak ramai pemimpin Umno yang tidak jelas peranan dan tugas sebenar mereka. Ini termasuklah wakil rakyat, kata MB. » selanjutnya

Jawatan Exco gugur - MB

April 20th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

KUANTAN 18 April - Jawatan Datuk Maznah Mazlan sebagai Exco kerajaan negeri Pahang akan digugurkan sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, buat sementara waktu, jawatan tersebut tidak akan diisi sehingga beliau mengadakan perbincangan lanjut dengan Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang.

 

Menurutnya, walaupun perlu mengosongkan jawatan Exco tetapi Maznah akan terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah.

 

”Saya difahamkan Perlembagaan membenarkan Datuk Maznah menjadi ADUN dan juga Timbalan Menteri. Ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini. » selanjutnya

Pak Lah kena letak jawatan, habis yang lain…

April 20th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Tidak ada cerita yang paling menarik selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU12) bilamana Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan dua pertiga dan lima negeri terlepas ke tangan pembangkang, hanya kedengaran desakan dan tuntutan supaya Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Kononnya Pak Lah mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan tersebut dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain. Meskipun Pak Tam faham perasaan kecewa dan marah pihak-pihak yang mahu Pak Lah meletak jawatan, » selanjutnya

Kesihan kawan Pak Tam di Tras…

April 20th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Pak Tam menerima panggilan dari kawan lama di Simpang Kalang, sedih juga ceritanya. Kata kawan Pak Tam ne, mereka dari enam kampong dalam Dewan Undangan Negeri Tras telah sepakat menubuh jawatankuasa bertindak dibawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Menurut cerita kawan Pak Tam ne, matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pembangunan enam kampong ini terus terbela meskipun DUN Tras diwakili oleh DAP. » selanjutnya

Salam Pengenalan

April 20th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Salam pengenalan Pak Tam hulurkan kepada semua rakan di alam siber ini. Hari ini secara rasminya Pahangdaily akan ke udara untuk kita semua. Kita semua itu bukan terhad untuk orang Pahang sahaja, orang negeri lain pun masih boleh berinteraksi di sini. » selanjutnya

Macam dah tak ada orang lain…

April 19th, 2008 + Dihantar oleh Pak Tam

Pengumuman perlantikan Datuk Maznah Mazlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan juga Ketua Wanita Umno Pahang, agak mengejutkan. Terkejut bukanya pasai apa, seolah-olah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, dah tak ada calon lain yang sesuai untuk mengisi kekosongan Timbalan Menteri.

Walaupun Pak Tam rasa macam terkejut tetapi mahu juga mencari sebab dan musabab » selanjutnya